Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDANGAN YANG BETUL DAN TERTIB

Sultan Selangor: Jangan balah kerana beza ideologi

July 08, 2011
HULU SELANGOR, 8 Julai — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor.

Baginda bertitah sebagai ketua negeri Selangor, baginda tidak akan membiarkan adanya anasir yang akan merosakkan bangsa dan agama.

“Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

“Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama, iaitu agama Islam,” titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa di sini.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Dipetik laporan Bernama Online, Sultan Selangor bertitah baginda akan merasa sedih jika rakyat Melayu di negeri Selangor berpecah-belah disebabkan pendapat politik yang berlainan.

“Negara kita telah merdeka sebegini lama dan beta percaya rakyat Melayu di negeri Selangor ini telah banyak mempelajari dan mengetahui akan kemajuan hidup yang telah dicapai dan yang akan dicapai,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu mengikut emosi dan cepat terpengaruh dengan hasutan-hasutan yang tidak memberi keuntungan serta manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama.

“Beta mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat beta yang peka dan prihatin terhadap usaha-usaha mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam negeri Selangor ini walaupun terdapat beberapa golongan yang cuba mencetuskan provokasi yang tidak diingini sejak kebelakangan ini.

“Tidak ada manusia normal yang sukakan pertelingkahan, ketidaktenteraman, permusuhan, apatah lagi memendam rasa benci dan syak wasangka,” titah baginda.

Mengenai ada pihak-pihak yang mahu menganjurkan demonstrasi jalanan, baginda menasihatkan kepada seluruh rakyat Selangor supaya tidak terlibat atau mengambil bahagian atau menyertai demonstasi jalanan ini pada bila-bila masa jua pun kerana ianya akan merugikan negeri Selangor.

“Pada hemat beta, demonstrasi jalanan pada bila-bila masa jua pun boleh merebak dan menjadikan keadaan tidak terkawal dan akan menyusahkan rakyat jelata, di mana kedai-kedai dan premis perniagaan akan ditutup kerana takut dirosakkan oleh para penunjuk perasaan, rakyat tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi terpaksa ditutup serta keadaan keseluruhan negeri juga akan menjadi kelam kabut,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah sekiranya keadaan kucar-kacir berlaku, ekonomi negeri akan terjejas yang bukan sahaja membabitkan sektor pelancongan malah para pelabur asing juga akan merasa takut dan bimbang untuk berniaga di Selangor.

Baginda bertitah sekiranya ada sesuatu yang tidak memuaskan hati dan ingin meluahkan sesuatu pendapat, ianya hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menjejaskan keamanan negara.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.