Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RASMI : POLIS MENOLAK HIMPUNAN BERSIH ESO

8/07/11
Berita sedih !! Perhimpunan halal dah jadi haram ...




KUALA LUMPUR 8 JULAI : Polis hari ini secara rasmi menolak permohonan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan aman di ibu negara esok atas sebab keselamatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistan Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata dengan pendirian itu, pihaknya akan menangkap sesiapa yang berbaju kuning Bersih dan berhimpun.

Zulkaranain mengesahkan menerima permohonan Bersih untuk menganjurkan perhimpunan aman itu pagi tadi.

Pihak Bersih 2.0 boleh membuat rayuan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam, kata beliau.

"Ada permohonan daripada seorang wanita yang saya tidak boleh sebut nama atas dasar keselamatan, saya sebagai Ketua Polis Dang Wangi tidak meluluskan untuk adakan sebarang perhimpunan," tambahnya.

Ditanya sekiranya polis akan mempertimbangkan sebarang rayuan Bersih, Zulkarnain menegaskan tidak boleh memberi jaminan kerana ianya di luar bidang kuasa beliau.

Zulkarnain menafikan pihaknya pada awal meluluskan permit itu dan kemudian menarik balik kebenaran itu.

Jelasnya lagi, sekiranya peserta Bersih 2.0 berkeras untuk melakukan perhimpunan itu tanpa permit dan berpakaian kuning pada esok hari maka mereka boleh didakwa si bawah Seksyen 27 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, pihak polis telah bersedia bermula hari ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan namun tidak menyatakan jumlah anggota yang dikerahkan.

"Kita sudah bersedia lebih awal untuk pastikan daerah Dang Wangi terjamin," tambah Zulkarnain.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.