Saturday, July 9, 2011
Terkini Bersih 2.0(Reload Untuk Maklumat Terkini)
9:36 AM : Sila berhati-hati kelihatan Polis sudah mula berpakaian seperti orang awam.9:35 AM: Kawasan sekitar Sogo masih ditutup oleh Polis.
9:20 AM: 8 orang telah ditangkap termasuk 2 orang AMK(Johor)mereka ditangkap di sekitar kawasan Masjid Jamek.
9:16 AM: Polis mula bertindak memeriksa My Kad sesiapa yang berada di KTM & LRT. Bagi peserta Bersih yang menggunakan perkhidmatan awam sila berhati-hati
9:13 AM: Dataran Merdeka telah dikunci. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk. Larangan masuk juga dikenakan kepada wartawan.
9:02 AM: Trak FRU sudah kelihatan di stadium Merdeka.
8:59 AM: Helikopter Polis kelihatan berlegar di kawasan Stadium Merdeka setiap 15 minit.
8:51 AM: Polis mula blok jalan-jalan utama ke Stadium Merdeka.
8:43 AM: Kumpulan dari Bukit Bintang sedang bergerak menuju ke Masjid Negara.
8:34 AM: STESEN KTMB KUALA LUMPUR LAMA SUDAH RAMAI PEJUANG RAKYAT BERHIMPUN. DIKHABARKAN RESTORAN MAMAK HAMEED PENUH SESAK UNTUK MENJAMU SELERA.
8:32 AM: KTM KOMUTER BEROPERASI SEPERTI BIASA! TURUN DI STESEN TERDEKAT DENGAN LOKASI HIMPUNAN DI STADIUM MERDEKA (KL SENTRAL ATAU KUALA LUMPUR LAMA). BERGERAK DALAM KUMPULAN KECIL.
Polis Mula Mengganas, Geledah Bilik-bilik Hotel Sekitar KL.
Kebanjiran peserta Bersih 2.0 ke Kuala Lumpur telah menggusarkan pihak berkuasa.
Biarpun banyak jalan-jalan utama yang ditutup, sehinggakan ada yang ditutup dengan menggunakan batu, masih tidak dapat menghalang kehadiran orang ramai untuk perhimpunan aman Bersih.
Polis telah memulakan tindakan agresif dan ganas dengan menggeledah bilik-bilik hotel sekitar KL seperti di Medan Tuanku dan Brisdale. Apa yang dicari? Baju-baju t Bersih dan juga orang-orang yang namanya tersenarai sebagai dilarang memasuki Kuala Lumpur.
Antara yang terlepas dan bolos daripada hotel geledahan pihak polis malam tadi adalah Chegu Bard, antara 66 orang yang tersenarai.
Orang ramai juga dinasihat agar berhati-hati apabila menerima pesanan ringkas (sma atau bbm) kerana pihak sb polis telah menggunakan handphone-handphone orang yang telah ditahan untuk menghubungi rakan-rakan mereka bagi mengetahui kedudukan lokasi di mana mereka berada.
Pihak polis telah memberikan amaran yang keras, akan menggunakan segala kuasa yang mereka ada bagi menghalang terjadinya perhimpunan aman Bersih 2.0 hari ini. Hayat BN yang masih berbaki perlu diselamatkan dengan apa cara sekalipun, walau ada rakyat yang akan menjadi mangsa.
Ramai yang berasa kesal dengan tindakan pihak polis terhadap peserta himpunan aman ini. Dilayan bagaikan penjenayah yang amat berbahaya. Seandainya pihak polis bertindak sedemikian terhadap penjenayah-penjenayah yang masih bebas berkeliaran, suda h pasti Malaysia akan aman damai.
0 orang berkata:
Post a Comment