Tangkap Semberono, Guna Pula Odinan Darurat |
Posted on Friday, July 08 @ 18:12:50 PDT by paktam
Ikuti wawancara wartawan Intan Abdullah mengenai pandangan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Asmuni Awi terhadap beberapa insiden tangkapan dan penggunaan Akta Darurat (EO) dalam isu perhimpunan Bersih 2.0.
Wartawan : boleh terangkan tangkapan yang tidak mengikut prosedur dan status tangkapan yang dilakukan oleh polis menjelang Perhimpunan Bersih tidak lama lagi?
Asmuni : tangkapan itu tidak mengikut prosedur kerana alasan ia dibuat tidak jelas. Kita hanya nampak seseorang itu ditangkap kerana baju t Bersih, dan memakai baju kuning. di mana kesalahan yang menyatakan baju kuning tidak boleh dijual dan dipakai? walaupun ada yang menyatakan Bersih ini sebuah pertubuhan haram.
sedangkan ianya tidak pertubuhan haram kerana ia merupakan gabungan kepada pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar. mereka ini pertubuhan berdaftar dan menggabungkan diri di bawah satu nama iaitu Bersih. untuk gerakan itu sahaja. untuk gerakan pada hari itu, maka kami menamakan diri kami sebagai Bersih. tetapi pendokongnya ialah badan-badan dan persatuan yang berdaftar di bawah di bawah ROS atau Akta Pendaftaran Pertubuhan.
tetapi Bersih telah diharamkan?
Atas dasar apa mereka diharamkan? S : dia telah kemukakan enam hujah, antaranya ialah ia boleh mencetuskan huru-hara dan suasana tidak aman
Itu merupakan andaian kerana mereka perlu ingat bahawa kita menyatakan ia adalah sebuah perhimpunan aman. dan pemimpin kepada Bersih, Dato' Ambiga sendiri meminta polis menunjukkan jalan mana yang boleh dilalui dan minta polis mengawalnya. kita akan ikut. awal-awal kita nyatakan ia adalah perhimpunan aman.
jadi, yang hendak cetuskan huru-hara ialah orang lain. soalnya ialah kenapa orang lain itu sibuk hendak mengarah kita? dalam keadaan kita hendak menggunakan hak kita yang dijamin oleh perlembagaan oleh Artikel 10 1 (a).
S : dari sudut perlembagaan yang memperuntukkan kebebasan seseorang untuk berkumpul dan bercakap dalam suasana sekarang ini, adakah ia masih terlaksana sekarang ini kerana seolah-olah tiada kebebasan?
J : memanglah, di malaysia ini kepada pelajar undang-undang apa yang wujud di negara sekarang ini bukanlah kebebasan bersuara tetapi kebebasan selepas bersuara. bercakap kena tangkap. lepas ditangkap baru boleh bercakap. jadi kita hendak menggunakan hak yang dijamin oleh undang-undang itu sahaja.di mana salah dan silapnya?
Apakah hak-hak seseorang yang ditangkap dan adakah ia mempunyai peluang untuk dibebaskan?
Yang pertama, kita harus tengok samada ianya ditangkap atau ditahan. saya lihat apa yang berlaku akhir-akhir ini mempunyai beberapa keadaan. yang pertama, mereka ini untuk direkodkan kenyataan di bawah Akta 112 seperti yang berlaku pada YDP PAS Taiping yang ditangkap, dan dimaklumkan bahawa beliau tidak ditangkap sebaliknya hanya untuk membantu siasatan.saya rasa pergilah.
tetapi kalau ditangkap, mereka sepatutnya diberitahu sebab tangkapan dan dibawah seksyen mana atau kesalahan apakah yang dilakukan sehingga menyebabkan mereka ditangkap. mereka juga perlu diberikan peluang untuk berhubung dengan peguam dengan segera untuk mendapatkan nasihat guaman.
mereka juga tidak boleh ditahan lebih daripada 24 jam. lebih daripada tempoh itu, mereka hendaklah dibawa di hadapan majistret untuk tahanan reman.
Bolehkah jelaskan apakah itu ordinan darurat dan bilakah biasanya ia digunakan dalam praktikal undang-undang?
Penggunaan ordinan darurat itu adalah satu penyalahgunaan kuasa. mengapa perlu kita hendak menggunakan ordinan darurat? walaupun ia masih belum dimansuhkan sebab suasana yang ada pada hari ini, ia undang-undang yang telah lapuk dan patut dimansuhkan sejak lama dahulu.
kita sudah tidak menghadapi suasana darurat sejak 1960 apabila darurat ditarik balik. suasana seperti ini pada pandangan saya tidak mengizinkan untuk menggunakan EO kepada mana-mana orang. seharusnya mereka ini dilayan sepertimana orang lain sahaja maknanya di bawah Akta Polis, Kanun Keseksaan ataupun di bawah Kanun Acara Jenayah dan sebagainya.
itu sahaja, yang selainnya seperti penggunaan EO atau ISA merupakan penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkuasa khususnya polis yang hanya memudahkan mereka bertindak untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.
Adakah anda menganggap penggunaan EO ini bermotif politik semata-mata?
ya, menakutkan orang ramai dan menyalahgunakan kuasa dan tidak seharusnya digunakan.
Adakah kesannya jika ia digunakan?
Kesannya ia boleh menakutkan orang ramai. kerana mereka hanya menggunakan hak mereka yang dijamin oleh undang-undang. keadaan sekarang ini adalah kerana kerajaan telah terdesak kerana dibayangi ketakutan kepada bayang-bayang. dan suasana yang ada pada hari ini adalah suasana amarah rakyat yang tidak boleh ditahan lagi.
unstoppable movement (gerakan yang tidak boleh ditahan lagi).ianya tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Adakah ini bermaksud tiada lagi demokrasi buat masa ini?
Demokrasi telah dibendung atau cuba disekat oleh mereka itu. pada saya, negara kita kini berada dalam keadaan negara polis.kerana ianya direncanakan oleh polis.
0 orang berkata:
Post a Comment