Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TITAH BAGINDA OK ! RUNDING SESAMA ISLAM OK ! SESAMA MELAYU NO, NO NO !

Himpunan 9 Julai: Buang ego guna undang-undang, kata Mufti Juanda

July 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Julai – Semua pihak yang terlibat dalam isu perhimpunan 9 Julai ini diminta agar membuang ego masing-masing dan menyuarakan apa sahaja kehendak mereka menurut saluran undang-undang disepakati semua.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, sikap bersangka baik sesama manusia adalah dianjurkan oleh Islam dan menjadi punca kedamaian kehidupan insan.

“Oleh itu apa sahaja masalah, meja rundingan hendaklah dijadikan sebagai ruang terbaik untuk membawa penyelesaian,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas titah Yang di-Pertuan Agong semalam.

“Bagi orang Islam, titah ini wajib dipatuhi kerana ia adalah perintah untuk kebaikan dan bagi bukan Islam, titah ini hendaklah diikuti sebagai bukti kesetiaan kepada negara ini,” kata beliau.

Juanda juga berkata Yang di-Pertuan Agong merupakan mercu tanda dan puncak kuasa di Malaysia dan baginda adalah di atas daripada segala kepentingan kepuakan dan kepolitikan. 

“Segala titah dan pandangan Baginda adalah amat penting dan serius untuk diikuti dan dipatuhi.

Sebarang penafsiran melencong daripada titah baginda adalah suatu penderhakaan terhadap negara,” katanya lagi.

Juanda menambah semua pihak berhak untuk mendapatkan keamanan dan menyuarakan pandangan mereka.

“Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan negara ini sentiasa aman makmur.

“Oleh itu semua pihak mesti akur kepada kehendak undang-undang yang telah disepakati semua selama ini dan tidak memaksakan pandangannya untuk diikuti oleh pihak lain,” katanya.

Menurut beliau pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang hendaklah memberikan hak sama rata dan adil kepada semua pihak di negara ini.

“Tiada siapa yang boleh dibenarkan untuk melanggar undang-undang dan menafikan hak pihak lain. Sebarang tindakan yang menggugat keharmonian dan kedamaian dalam negara hendaklah dikenakan tindakan paling tegas jika terbukti mereka mendatangkan kemudaratan kepada kepentingan awam,” kata beliau sambil menambah, “hendaklah dijauhi sebarang bentuk penganiayaan kepada mana-mana pihak kerana mereka semua adalah penduduk negara ini.”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.