Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AGAMA JANGAN CAMPUR POLITIK ? TU AGAMA SELAM

Khutbah Jakim: Ramai umat Islam tidak hormati titah Sultan

October 21, 2011
KUALA LUMPUR, 21 OktKhutbah Jumaat disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa ramai kalangan umat Islam hari ini tidak menghormati pandangan dan kewibawaan, bahkan ada yang mempertikaikan titah Sultan yang menaungi kuasa Majlis Agama Islam negeri.

Menurut khutbah, perkara itu semakin ketara kerana ada pihak yang hanya mahu menguntungkan kepentingan politik.

“Mimbar ingin menegaskan antara punca kepada berlakunya perkara ini ialah terdapat sesetengah pihak yang mengutamakan kepentingan politik mengatasi kepentingan agama,” kata khutbah yang dibacakan hari ini.

Kata khutbah kali ini, kedudukan Majlis Agama Islam dipandang rendah dan dianggap hanya sebagai agensi kerajaan semata-mata dan akibatnya, kedaulatan dan bidang kuasa sebagai pihak berkuasa agama dinafikan.

“... kesucian akidah Islam diseret menjadi percaturan politik dan perpecahan dikalangan umat Islam menjejaskan fungsi dan peranan Majlis Agama Islam,” kata khutbah itu yang bertemakan “Majlis Agama Islam Negeri Pemacu Transformasi Ummah”.

Bagaimanapun teks khutbah yang diperoleh dari laman web Jakim ini tidak merujuk ke atas mana-mana kes khusus pihak yang mempertikaikan titah Sultan.

Sultan Selangor seringkali menekankan agar masjid dan surau tidak digunakan sebagai platform untuk menyampaikan ucapan-ucapan ataupun kuliah berbaur politik.

Dalam perkembangan terbaru pensyarah undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Prof Abdul Aziz Bari menjadi sasaran tindakan soal siasat pihak berkuasa termasuk diberikan surat tunjuk sebab kerana memberi pandangan mengenai titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal minggu lalu.

Menurut khutbah itu, umat Islam sudah mula berfikiran selesa dengan status bangsa, agama dan sejarah dan berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka.

“Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia. Hari ini segala-galanya telah berlalu, tanpa langkah yang strategik, berani, umat Islam dibimbangi sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri.

“Disebabkan keadaan ini maka kedudukan dan kedaulatan agama Islam semakin hari makin dicabar, perpaduan umat Islam juga semakin rapuh serta imej Majlis Agama Islam diperlekehkan sama ada dari segi bidang kuasa dan fungsi,” katanya.

Ia menambah, ramai di kalangan umat Islam pada hari ini tidak menghormati pandangan dan kewibawaan bahkan ada yang mempertikaikan titah Sultan yang menaungi kuasa Majlis Agama Islam.

Katanya, penghakisan martabat Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara.

“Jika dihalusi pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan, satu nyanyian, satu perkhemahan, satu lawatan. Ia mungkin bermula dari segenggam garam, setahil emas, ia mungkin dari satu kalimah, satu ceramah,” katanya lagi.

Malah khutbah menambah, pencerobohan boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, penghinaan bendera negara, pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.