Najib ke Lombok hadir mesyuarat tahunan Malaysia-Indonesia
October 20, 2011
SEPANG, 20 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlepas ke Lombok hari ini untuk menghadiri Perundingan Tahunan Kelapan Pemimpin Malaysia-Indonesia.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi tadi.
Perundingan di Lombok itu akan dihoskan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (gambar), lapor Bernama Online.
Perundingan tahunan itu dianjurkan secara bergilir di antara kedua-dua negara. Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Pemimpin Ketujuh di Putrajaya pada 18 Mei tahun lepas.
0 orang berkata:
Post a Comment