Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENA BAGI TAHU KEPADA RAKYAT SBB ITU TANAH RAKYAT

PAS Mahu Kerajaan Beri Penjelasan Mengenai Projek "Taek Jho Low"


Najib perlu jelas keraguan projek tapak TUDM Sg Besi - Salahuddin Ayub

Sikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung beban, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

“Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai ‘projek Taek Jho Low’ menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan dalam pelaksanaan ‘Rolling Plan’ Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Bukan sahaja pindah milik tersebut amat meragukan dan menghapuskan kepentingan strategik dari segi pertahanan serta nilai sejarah pangkalan udara tersebut, malah berlaku pula keraguan demi keraguan lain, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

“Sampai hari ini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur secara tunai sebanyak RM3.5 bilion dalam PetroSaudi International Limited yang kemudiannya melabur pula lebih RM1.5 bilion UBG Berhad di mana Jho Low menjadi ahli lembaga pengarahnya.

“Rakyat juga mempersoalkan apa perlunya penglibatan syarikat-syarikat luar seperti Mubadala Development Company dan Qatar Investment Authority sebagai pihak yang memajukan projek yang digelar ‘projek Taek Jho Low’ itu sedangkan syarikat-syarikat tempatan lebih berkemampuan?” kata Salahuddin.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang begitu dipertikaikan itu.

Salahuddin juga melihat belanjawan itu lebih mementingkan projek-projek besar-besaran daripada menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat.

Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada masalah dan penderitaan rakyat yang perlu diutamakan.

Kata beliau, bangunan-bangunan di ibu negara masih mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, oleh itu perlunya projek pangkalan TUDM Sungai Besi.

"Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, apa perlunya 'projek Taek Jho Low' di Sungai Besi itu?

"Nampak sangat bangunan pencakar langit yang berlebihan melalui 'projek Taek Jho Low' itu yang diutamakan.

"Agaknya sebab itulah isteri Perdana Menteri berminat sangat dengan belanjawan ini," kata beliau.

Baru-baru ini, perjumpaan tertutup berprofil tinggi antara Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dengan penyediaan belanjawan itu turut dihadiri oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Bernama, antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menjadi pengetahuan umum bahawa Rosmah mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low.

Baru-baru ini, jutawan muda penuh kontroversi itu mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah.

"Rosmah bukan emak angkat saya. Dia adalah kawan baik saya," kata Jho Low kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.