Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LIWAT II

05 Oktober, 2011

Liwat 2 : Keterangan Rakan Sekampus Saiful Bukti Konspirasi Terancang

Keterangan rakan sekampus Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes Fitnah II jelas menunjukkan pengadu itu berniat jahat dan terlibat dalam konspirasi terancang untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keterangan itu juga menjelaskan identiti dan watak sebenar Saiful yang rapat dengan pimpinan Umno-BN, sebelum memohon bekerja di pejabat Anwar. “Saya percaya Saiful merupakan individu yang terlatih dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan (sebagai alat kosnpirasi).

Keterangan rakan sekampus Saiful yang berani tampil sebagai saksi membuktikan Saiful individu yang diberi peranan untuk menyempurnakan konspirasi terancang,” kata Shamsul.

Menurutnya lagi, sejak di universiti lagi Saiful telah memperlihatkan dirinya berniat jahat dengan Anwar, berdasarkan keterangan saksi berkenaan. “Ini menguatkan lagi andaian kita konspirasi dilakukan dan motifnya untuk menjatuhkan Anwar,” katanya yang turut mengaitkan pertemuan Saiful dan pimpinan Umno, termasuk Pegawai khas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Khairil Anas Yusof sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008.

Semalam, Mohd Najwan Halimi, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) mendakwa Saiful membenci Anwar dan menyokong Barisan Nasional pada kempen Pilihanraya Umum 2008. Najwan yang mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten, turut menyatakan pengadu itu suka mencari publisiti ketika menjadi Timbalan Presiden pemimpin pelajar.

Malah Najwan juga mendedahkan bahawa Saiful pernah menggelar Anwar sebagai ‘munafik’ dan meletakkan gambar bersama pemimpin Umno-BN di laman sosial Friendster miliknya. Sebelum ini, Mohd Saiful, 26, yang juga saksi utama dalam perbicaraan kes Fitnah II dalam keterangannya berkata Anwar merupakan pemimpin idola yang diminatinya sejak kecil lagi.

Di mahkamah, beliau turut mengaku bertemu Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008, empat hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar, selain bertemu pembantu khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Mumtaz Jaafar dan menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hassan.

Anwar sebelum ini berkata, kes Fitnah II yang sedang berlangsung adalah konspirasi politik yang diteruskan Najib dan isterinya, Rosmah, mengulangi skrip sama digunakan pada 1998./
kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.