Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MIC AKAN JADI PARTI NYAMUK



Talkin untuk MIC, berkubur buat selama-lamanya

Posted on Thursday, October 06 @ 04:31:51 PDT by paktam

Oleh P Dinesh

Beberapa parti politik tidak akan wujud lagi selepas Pilihanraya Umum akan datang. Sudah jelas Gerakan merupakan salah satu daripadanya di mana pemimpinnya, Koh Tsu Koon, menasihatkan ahli-ahli parti untuk tidak berebut kerusi tandingan kerana mereka tidak akan menang pun. MCA juga akan berada di posisi Gerakan sekarang ini, dibuang keluar.


PPP sudah pun berhenti untuk wujud sebagai satu parti politik yang mempunyai apa-apa pengaruh, walaupun mereka kelihatan seperti tidak memahami keadaan itu. Adalah sebuah tragedi komedi melihat Kayveas ke sana-sini mengemis, mencuba dengan sedaya-upaya untuk menunjukkan dia masih relevan. Untuk MIC pula, mereka akan dipadamkan di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. 

Kerosakan oleh Samy Sebahagian besar keadaan MIC sekarang boleh disalahkan kepada bekas pemimpinnya yang syok sendiri, Samy Vellu. Dengan kekurangan kemahiran dalam pimpinan atau kepandaian untuk berbuat baik kepada orang-orang bawahannya; beliau berjaya untuk terus hidup selama 30 tahun dengan cara Stalinnya mentadbir parti itu. Sesiapa sahaja yang kelihatan mampu untuk mencabar kedudukannya akan beliau hancurkan. Dengan lazimnya, parti itu pun dipenuhi dengan pak-pak turut yang hanya mahu membodek pemimpinnya dan mengkayakan diri masing-masing.

Samy Vellu mendapat reputasi kejam apabila pada tahun 1992, di antara 10 juta saham Telekom yang diperuntukkan untuk komuniti India, sembilan juta diberikan kepada 3 syarikat yang tidak dapat dikenal pasti, dua daripadanya mempunyai 'paid-up capital' sebanyak RM2.00. Dan kedua-dua syarikat itu mempunyai alamat yang sama dan S. Sothinathan sebagai pengarahnya.

Sothinathan, pada waktu itu, adalah sekutu Samy Vellu dan menurut beberapa sumber, beliau masih lagi 'menyembah' Samy. Keuntungan yang hampir mencecah RM100 juta hilang daripada komuniti India. Ke mana perginya wang itu tiada siapa yang tahu. SPRM, sudah tentu, membuat penyiasatan, dan mendapati 'tiada sebarang masalah'.

Samy Vellu masih ke sana-sini sebagai 'envoy' bersama orang-orang berpangkat Menteri, dibayar oleh rakyat, di kala kebanyakan rakyat kaum India mahu melihat beliau dipenjara. Ia adalah satu perjanjian yang Najib terpaksa lakukan dengannya, supaya dia dapat mengundur diri dengan diam-diam.

Dikhianati, dirompak, dan disisihkan Apa yang tinggal dalam MIC ialah golongan-golongan yang hanya mementingkan diri sendiri, yang cuba menumpang mendapatkan keuntungan besar. Tetapi, tidak lama lagi tiada lagi keuntungan yang tersisi untuk mereka-mereka ini.

MIC juga tersekat dengan pimpinan Palanivel yang lemah, yang kelihatan hanya menghabiskan waktunya sebagai setiausaha Samy Vellu, membiarkan perbuatannya. Orang-orang lain yang menjawat jawatan penting di dalam parti itu pula berada di sana bukan kerana mereka mempunyai daya kepimpinan dan pengikut yang kuat, tetapi kerana mereka pintar berparti politik, atau dilihat sebagai tidak merbahaya oleh pemimpin mereka. Ini adalah jauh berbeza dengan pihak pembangkang.

Undi kaum India pula bukanlah aspek yang penting, yang kelihatan pada tahun 2008. Undi kaum Cina sudah berubah kepada pihak pembangkang. Begitu juga dengan undi Melayu. Strategi 'pecah dan perintah' BN sudah tidak berkesan lagi.

Dalam pilihanraya akan datang, MIC akan kehilangan kebanyakan kerusi mereka. Sudah pasti Hulu Selangor, Tapah dan Segamat akan jatuh ke tangan pembangkang. Mereka bernasib baik jika masih dapat memegang Cameron Highlands.

Dan kaum India akan melihat kesudahan parti yang disangka akan memperjuangkan nasib mereka; yang sebaliknya mengkhianati, merompak dan menyisihkan mereka selama 50 tahun.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.