Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK BUAT MACAM MANA ? PEROMPAK LANTIK PENYAMUN !

Bagi Penyamun Jaga Harta Rakyat Pakat Lingkup Habis La.

Pelantikan Isa Samad baru-baru ini sebagai ketua Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) adalah tidak sah kerana beliau tidak layak untuk menjadi ahli dalam persatuan itu, kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution. Beliau yang mendakwa memetik sumber-sumber dalam gergasi perladangan negara itu berkata lembaga pengarah KPF telah meluluskan kemasukan Isa sebagai ahli lembaga berkenaan tanpa mengambil kira undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal koperasi.

Beliau berkata pihak pengurusan KPF yang tidak senang dengan pelantikan yang didakwa dilakukan sewenang-wenangnya telah meminta nasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


"Ia (SKM) menyatakan bahawa apa-apa pelantikan ke lembaga mana-mana koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Koperasi 1993 dan undang-undang yang mengawalnya," kata Saifuddin kepada
Malaysiakini.

"Oleh kerana Akta itu dan undang-undang berkaitan menyatakan bahawa hanya ahli-ahli  (koperasi) yang telah disahkan (keahlian mereka) selama dua tahun layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, pelantikan beliau (Isa) juga tertakluk kepada peruntukan ini."


Difahamkan cadangan Isa yang juga pengerusi Felda - sebagai ahli lembaga pengarah KPF dan menjadikan beliau pengerusi koperasi berkenaan telah diluluskan pada mesyuarat khas lembaga pengarah pada 22 Jun lalu. Tindakan itu didakwa menimbulkan kekeliruan kerana di sebalik keputusan lembaga pengarah, pengurus besar Felda dan ketua KPF sebelumnya, Zukifli Wahab telah mempengerusikan mesyuarat lembaga pada 8 September lalu untuk membincangkan kerusinya untuk diisi oleh Isa.


Ini menimbulkan tandatanya sama ada pelantikan Isa sememangnya telah berkuat kuasa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.