Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMUDA PAS KENA BUKTIKAN DAN JUMPA SPR, KEMUDISN PUBLISH DALAM AKHBAR

Bahasa

Isu MyKad: JPN nafi dakwaan Pemuda PAS, suruhanjaya tak perlu

Oct 06, 2011
 
KUALA LUMPUR, 6 OktJabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekali lagi menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa pihaknya mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada warga asing yang sekali gus membolehkan mereka menjadi pendaftar yang sah di negara ini.

Sebaliknya JPN menegaskan pihaknya hanya membekalkan rekod yang sahih sahaja kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tujuan semakan identiti daftar pemilih.

Justeru, agensi Kementerian Dalam Negeri itu menegaskan, tidak perlu ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya kad pengenalan dikeluarkan kepada warga asing untuk bertindak sebagai pendaftar.

“Bagi isu berkaitan kad pengenalan palsu dalam daftar pemilih induk (Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR, adalah ditegaskan bahawa JPN tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan palsu sebaliknya JPN hanya membekalkan rekod yang sahih sahaja kepada SPR untuk tujuan semakan identiti daftar pemilih,” kata JPN dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu berkata isu berkaitan individu yang didakwa mempunyai nama yang sama dan memiliki nombor kad pengenalan yang hampir sama, rekod JPN menunjukkan sembilan daripada 10 nama adalah disahkan merupakan individu yang berlainan berdasarkan kepada gambar dan cap jari yang berbeza, tetapi mereka mempunyai persamaan hanya pada nama dan tarikh lahir.

“Manakala individu yang ke-10, Azinah Mohd Fazin (800820-02-5150) tiada rekod di jabatan ini,” kata kenyataan itu lagi.

Oleh itu katanya ia menunjukkandakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Pemuda PAS Malaysia melalui memorandum bertarikh 21 September lalu, yang telah dihantar kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, adalah tidak benar.

“Atas dasar ini, JPN berpandangan bahawa tiada keperluan untuk penubuhan suruhanjaya diraja berkaitan penyiasatan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan kerana JPN hanya mengeluarkan kad pengenalan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja berdasarkan peruntukan perundangan negara ini,” katanya.

Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada JPN mendesak penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan — membabitkan dua perkara utama iaitu kod negara “71” dan kad pengenalan palsu dalam daftar pemilik induk SPR.

Dewan itu mempertikai JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang ditetapkan oleh JPN sendiri.

Sayap itu mendakwa sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi. Mereka merujuk kepada kod negara “71” yang terdapat pada nombor kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam daftar pemilih induk suku kedua 2011 dikeluarkan oleh SPR.

Kenyataan JPN juga menjelaskan, nombor pengenalan diri 12 digit pada kad pengenalan mula digunakan pada 1990 dan merupakan kombinasi antara tarikh lahir, kod negeri atau negara tempat lahir serta nombor siri janaan komputer bagi menjadikan nombor tersebut unik dan tiada pertindihan.
Oleh itu katanya, kod negara “71” yang terdapat dalam nombor pengenalan diri telah digunakan mulai 1990 dan pada masa itu kod khusus bagi setiap negara luar masih belum diwujudkan di mana hanya kod negara “71” diguna pakai bagi semua kelahiran warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap Malaysia di luar negara.

“Mulai 2001, kod negara secara khusus bagi pengenalpastian negara kelahiran individu telah diwujudkan bertujuan untuk membezakan kod kelahiran individu di luar negara. Senarai kod-kod negara luar yang dimaksudkan itu boleh dilayari melalui portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my.

“Walau bagaimanapun, nombor pengenalan diri yang telah dikeluarkan menggunakan kod negara ‘71’ sebelumnya, adalah sah dan terpakai bagi pemilik sedia ada,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.