Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Siapa bos melayu masa tu ?

Kajian: Kerajaan Melayu Melaka mula tahun 1262

October 08, 2011
 
KUALA LUMPUR, 8 OktSeorang ahli akademik melahirkan rasa yakin bahawa Kerajaan Melayu Melaka bermula pada tahun 1262, bukannya sekitar 1400. Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,

Prof Madya Abdul Rahman Ismail berkata hasil kajiannya sejak 1990-an terhadap naskah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi Raja Bongsu, menunjukkan bukti yang benar mengenai permulaan kerajaan Melaka.

“Terdapat banyak versi naskhah Sulalatus Salatin, tetapi Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu merupakan sumber pribumi yang paling hampir dan paling sahih dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka,” katanya di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan ceramah bertajuk “Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka” anjuran Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah.

Raja Bongsu dikatakan sebagai salah seorang kerabat diraja Johor ketika itu yang ditugaskan menyalin naskhah berkenaan, lapor Bernama Online.

Selama ini diketahui umum bahawa Kerajaan Melayu Melaka diasaskan sekitar 1400. Terdapat juga hasil kajian yang mendapati kerajaan tesebut diwujudkan pada 1278.

Menurut Abdul Rahman, Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu itu mencatat tempoh pemerintahan setiap Raja Singapura dan Melaka dengan jelas dan lengkap yang dapat disimpulkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka sudah bermula sejak tahun 1262.

Beliau juga berkata sebelum zaman Kerajaan Melayu Melaka, tiada rekod sahih yang menunjukkan terdapat kerajaan lain sebelum kerajaan itu.

“Dalam sejarah, proses kaji semula sentiasa berlaku dan ia untuk mendapat kepastian yang sebenarnya tentang sesuatu perkara. Pelajar sekolah perlu tahu mengenai penemuan tarikh baru ini sebagai menambah ilmu sejarah,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.