Sabtu, 1 Oktober 2011
Kerajaan Terengganu Berjaya ‘Perlahankan’ Gerakan Dakwah UnisZA
Kuala Terengganu,: Pertukaran Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) pada era pemerintahan Datuk Idris Jusoh (1996) kemudian dijenamakan semula dengan nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) pada era Datuk Ahmad Said (MB Terengganu sekarang) ternyata berjaya ‘memerlahankan’ gerakan dakwah di kampus berkenaan.
Menurut maklumat yang diperoleh daripada seorang pensyarah di kampus terbabit yang secara tidak langsung berbual santai dengan wakil media Gazebo Daily di Pantai Timur, situasi itu (peralihan pemilikan kampus daripada kerajaan negeri kepada pusat) ternyata membuatkan pergerakan aktiviti dakwah perlahan dan mungkin ‘senyap’.
Menurut maklumat yang diperoleh daripada seorang pensyarah di kampus terbabit yang secara tidak langsung berbual santai dengan wakil media Gazebo Daily di Pantai Timur, situasi itu (peralihan pemilikan kampus daripada kerajaan negeri kepada pusat) ternyata membuatkan pergerakan aktiviti dakwah perlahan dan mungkin ‘senyap’.
“Semua ini bermula apabila ramai pensyarah yang berkelulusan agama dipindahkan ke universiti atau kolej lain.”
“Jadi, yang baru diambil adalah ramai bukan berkelulusan agama atau pakar dalam bidang tersebut. Suasana sekarang di universiti itu memang jauh berbeza jika nak banding dengan yang dulu (KUSZA).”
“Dan kemudiannya mulai 2008, pengambilan pelajar baru UnisZA untuk Fakulti Pengajian Islam dikurangkan jumlahnya sedikit demi sedikit setiap tahun hinggalah tahun ini.”
“Dulu 100% jurusan dalam bidang pengajian Islam diambil, sekarang tinggal 60% dan 40% lagi bukan dalam bidang itu.”
“Dan mungkin pasni 50-50.”
“Itulah punca utama kenapa aktiviti dan program-program bentuk dakwah menjadi perlahan sekarang.”, ceritanya panjang yang enggan menyiarkan namanya.
Tambahnya, pentadbiran universiti berkenaan juga memainkan penting dalam ‘mematikan setiap pergerakan dalam melahirkan aktivis-aktivis dakwah di kampus tersebut.
“Naib Canselor UnisZA juga seorang yang berpengaruh, bukan saja dalam Kementerian Pengajian Tinggi, malah kepada kerajaan pentadbiran negeri Terengganu.”
“Jadi, saya dedahkan semua ini bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi pesanan kepada mahasiswa UnisZA dan mungkin juga untuk universiti lain, berhati-hati dalam setiap langkah dan jangan tersilap pandu dalam kehidupan. Buatlah yang terbaik untuk masa depan kalian juga.”, pesannya mengakhiri perbualan.
Pensyarah berkenaan menurut wakil Gazebo Daily akan mendedahkan lagi segala perancangan rapi yang disusun semata-mata untuk mematikan penyebaran dakwah Islam di universiti tersebut. – GZDaily
0 orang berkata:
Post a Comment