Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA MURTAD ? APA SEBAB PUNCA MURTAD ? SALAH SIAPA ?

 
UMAT MUHAMMAD BERDAULAT ISLAM SELAMAT

Himpun akan serah memorandum desak penggubalan undang-undang murtad kepada Agong

February 18, 2012

Himpun mendakwa terdapatnya cubaan untuk memurtadkan masyarakat Islam. — Gambar fail 
KUALA LUMPUR, 18 Feb — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong April ini dan menyerahkan memorandum berkenaan penguatkuasaan enakmen anti murtad. 

Dipetik Sinar Harian, badan bukan kerajaan berkenaan berkata tindakan itu perlu dilakukan berikutan gejala murtad yang semakin berleluasa di Malaysia.

Setiausaha Himpun, Aminuddin Yahya memberi amaran bahawa terdapatnya cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini, dan kegiatan itu turut di jalankan melalui laman web.

“Laman sosial ini terbuka kepada mereka yang murtad, malah semakin berani menyatakan sokongan kepada umat Islam yang murtad.

“Kegiatan memurtad umat Islam di negara ini dilakukan secara halus, ada di antara mereka ini menjadi orang alim bagi meraih pengaruh. Kebanyakkan sasaran kumpulan tersebut adalah golongan remaja,” katanya.

Aminuddin berkata, resolusi yang mengandung 10 perkara itu, akan dihantar April ini setelah pertabalan Yang di-Pertuan Agong, malah pihaknya mahu pihak kerajaan bertindak lebih tegas dalam hal ini.

Beliau turut mengumumkan jelajah Hinpun Ke-10 pada 25 Febuari ini di Stadium Batu Buruk di Terengganu. Aminuddin menganggarkan 5,000 peserta akan turut berhimpun.

Selain itu, pihaknya juga berkata mereka turut merancang untuk menyiarkan pengakuan oleh mereka yang pernah keluar daripada agama Islam dan akan menceritakan bagaimana beliau dimurtad sebelum kembali semula kepada agama Islam.

“Itu adalah sebahagian daripada bukti yang kami peroleh, malah mereka ini tampil secara sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Kesedaran itu timbul setelah mendengar ceramah dalam siri Himpun yang kita adakan di beberapa negeri sebelum ini.

Himpun mendakwa terdapatnya cubaan untuk memurtadkan masyarakat Islam di negara ini oleh kumpulan tertentu seperti kes DUMC di Petaling Jaya.

Namun demikian, pemimpin Kristian menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa perjuangan Himpun adalah tidak relevan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.