Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGGADAIKAN AKIDAH ATAU TELAH ROSAK AKIDAH !

JIKA SUDAH DITEGUR TAK MAHU JUGA IKUT, MAKA KITA BOLEH HUKUM NAJIB SEBAGAI  SEORANG YANG TELAH MURTAD, WALAU APAPUN GOLONGAN AGAMA ATAU MAJLIS FATWA WAJIB BERTEGAS JANGAN BUAT KEPUTUSAN SAMBIL LEWA ? MEREKA KENA BERTEGAS KERANA IA MELIBATKAN SEORANG PEMIMPIN NEGARA

DISEBABKAN PERKARA TELAH TERJADI MAKA NAJIB PERLU KMBALI MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH SECARA TERBUKA SUPAYA RAKYAT TAHU BAHAWA DIA TELAH KEMBALI KEPADA ISLAM

 NAJIB MUNGKIN TAK TAHU APA YANG DIA BUAT, PENASIHAT AGAMA KEPADA PM JUGA PATUT DIPERSALAHKAN, SESUNGGUHNYA INI ADALAH PERKARA BESAR DIDALAM AGAMA, MAJLIS RAJA-RAJA JUGA PERLU DIMAKLUMKAN PERKARA INI OLEH MAJLIS FATWA

SEKARANG SUDAH SAH BAHAWA NAJIB TELAH ROSAK AKIDAH, SAMA ADA DIA SEDAR ATAU DIA JAHIL TENTANG HUKUM AGAMA ITU TIDAK TIMBUL ATAU SAMA ADA DIA BERMUSLIHAT POLITIK JUGA TIDAK TIMBUL, APA YANG PENTING DIA PERLU DIKEMBALIKAN KEPADA ISLAM



 

10 February 2012

Najib 'GADAI AQIDAH' - Kata Harussani



Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010. — Gambar oleh Choo Choy May
 
KUALA LUMPUR, 10 Feb Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
APA KOMEN ANDA?
Sumber : Malaysiainsid

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.