Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS KENA BUAT TINDAKAN UNDANG-UNDANG, JANGAN CAKAP SAJA


PAS PERLU PUTIHKAN PARTINYA SEBAGAI SEBUAH PARTI ISLAM, ANDAINYA PAS TIDAK BERTINDAK TEGAS MAKA PAS MUNGKIN DIPERCAYAI OLEH RAKYAT SEBAGAI PARTI AJARAN SESAT TAMBAHAN PULA YANG BUAT TUDUHAN INI ADALAH SEORANG PEMIMPIN NEGERI

PAS JUGA PERLU MEWATRAKAN KENYATAAN MB TRENGGANU INI KESELURUH NEGARA, BUKAN SEKADAR DI NEGERI ITU SAHAJA, MAJLIS FATWA PERLU DIMAKLUMKAN, MAJLIS RAJA-RAJA JUGA PERLU DIBERIKAN MAKLUMAT

MINTA MB TRENGGANU MENARIK BALIK TUDUHANNYA SECARA TERBUKA


10 February 2012


Menteri Besar Terengganu Kurang Ajar..

Pas Perlu Ajar MB Terengganu

Kalau benarlah Menteri Besar Terengganu Ahmad Said menyifatkan Pas sebagai Parti Ajaran Sesat, para pemimpin Pas khasnya Pas Terengganu tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas MB yang bermata perit-perit itu. Tidak perlu bertolak ansur saman saja MB kurang garam itu.

Tuduhan atau serangan politik Ahmad itu sudah melampau. Dia telah menghina Pas dan tuduhan itu juga merupakan fitnah besar. Mungkin tuduhan seumpama itu boleh dilakukan kepada ajaran Ayah Pin di Besut tetapi bukan Pas. Pas adalah sebuah pertubuhan siasah yang berdaftar dan mempunyai maruah serta keahilian lebih 1 juta.


Kalau ayam kemacar Umno atau bloger polong membuat tuduhan itu tidak mengapa. Ia setaraf dengan tahap pendidikan yang mereka miliki dan cara berfikir bloger-bloger polong. Ini Ahmad Said seorang MB sebuah negeri tidak patut membuat kenyataan itu dalam keadaan bagaimana sekali pun.

Mat Said dipetik sebagai berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian wang kerajaan - BP1M di Kijal dua tiga hari lepas.

Ahli Jawatankuasa Pas Abu Bakar Chik marah dengan kenyataan Mat Said itu dan dilaporkan sebagai berkata memberi tempoh tertentu agar Mat Said menarik balik kenyataan itu jika tidak tindakan akan diambil.

Sebenarnya tidak guna Bakar Chik memnberi amaran lagi kepada orang seperti Mat Said yang tidak tahu menghormati langsung perasaan dan hati orang lain. Kenyataan Mat Said itu juga tidak mengukur ke diri partinya terlebih dahulu. [wm.kl.2:09 pm 10/02/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/susupan-tengahari.html

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.