Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ELOK JELASKAN JIKA TIDAK RAKYAT MEMANDANG SERONG !

Tugasan Apa Najib Hantar Peguam Shafee Ke Luarnegara?


Misteri tugasan luar negara Shafee

Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.
Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam.

Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum.

Shafee juga akan menjelajah tiga negara – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi.

Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta dan mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya.

Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu. -mk
PM patut jelaskan misi sulit Shafee di luar negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan tujuan menggunakan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagi tugasan "sulit" di luar negara seperti didakwa, kata PKR.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution yang membuat dakwaan itu semalam berkata, penjelasan itu mesti diberikan kerana ia melibatkan kepentingan awam ekoran dakwaan Muhammad Shafee dilantik oleh kerajaan.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga mempersoalkan kenapa Muhammad Shafee itu mesti dilantik sedangkan kerajaan sudah mempunyai Jabatan Peguam Negara.

Semalam, Muhammad didakwa dilantik oleh perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya - dengan salinan kepada Najib dan Rosmah - supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 semalam.
-mk

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.