Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISA TAK MUNGKIN HAPUS, KEADILAN BELAKAN KIRA

Majlis Peguam: Pinda undang-undang keselamatan untuk menjamin kebebasan

April 10, 2012
KUALA LUMPUR, 10 April — Majlis Peguam hari ini menggesa Putrajaya perlu menyemak semula akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mana akan memberikan ancaman kepada kebebasan individu.

Organisasi itu turut menjelaskan, pihaknya mengalu-alukan langkah kerajaan memansuhkan ISA, polisi anti pengganas yang dinyatakan dalam akta baru perlu memperlihatkan keseimbangan “antara keselamatan bersama dan hak individu.”

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) menegaskan, keutamaan pihaknya adalah terhadap Bahagian IV dan VII Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 menyatakan bukti boleh digunakan untuk menjadikan kes, adalah bertentangan dengan bukti itu sendiri.

“Perubahan radikal daripada bukti undang-undang mungkin akan memberikan kesan negatif terhadap hak tertuduh ketika perbicaraan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Akta anti pengganas, polisi, dan keputusan harus merampas hak dan kebebasan pengganas tersebut.”

Lim turut menjelaskan definisi undang-undang itu di bawah Seksyen 3 terlalu “luas” dan mendesak kerajaan menggunakan perkara yang lebih spesifik, seperti yang boleh diguna pakai di bawah Konvensyen UN bagi Penindasan dan Pembiayaan Pengganas.

Kuasa untuk menahan suspek selama 28 hari dan gangguan komunikasi di bawah Seksyen 4 dan 6 turut berdasarkan pandangan perundangan dan bukannya ditentukan pihak polis, tegasnya.

“Kami turut menghargai jaminan Peguam Negara terhadap jaminan kajian berterusan dan semakan terhadap undang-undang berkenaan ... dan saranan Majlis Peguam juga amat dialu-alukan,” katanya.

Lim turut menambah kerajaan juga perlu mempertimbangkan pemindaan Akta Dadah Berbahaya (Langakah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Penjegahan Jenayah 1959 bagi “menghapuskan undang-undang tanpa bicara dari Perlembagaan.”

“Majlis Peguam menggalakkan dan menyokong usaha perdana menteri untuk meneruskan langkah perubahan undang-undang yang selari dengan hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.

Pemansuhan ISA telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, memansuhkan peruntukan penahanan tanpa perbicaraan selama 28 hari untuk siasatan.

Di bawah ISA, mana-mana individu yang dipercayai mempunyai ancaman boleh ditahan selama dua tahun tanpa perbicaraan, berdasarkan kuasa menteri dalam negeri.

Akta baru menggantikan ISA dibaca hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, menyatakan “semua kesalahan keselamatan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.”

Antara lain, akta baru itu  tidak membenarkan penahanan seseorang semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik, dan juga kuasa Menteri Dalam Negeri dihadkan, sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.

Namun, undang-undang itu masih lagi membenarkan pihak polis menahan “mana-mana individu yang dirasakan terlibat sebagai ancaman keselamatan” tanpa waran untuk siasatan selama 24 jam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.