Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mengapa tak boleh buat kerja betul ?

  Ahad, 8 April 2012

PENIPUAN YANG DI RANCANG

JANGAN TIPU PRU13 KAMI LAWAN





INI CARA CARA MENIPU
Untuk pengetahuan kawan lamaku di Pagoh.... kau bertanya tentang pengundi hantu kerana aku bekerja didalam SPR maka aku jawab dalam blog TT kerana tuan punya blog ini begitu peka tentang politik menipu. Jika penerangan aku kurang jelas maka kamu dan rakan yang lain boleh merujuk blog seumpama ini.

Ini disebabkan pergerakan aku terbatas dan sentiasa saja diekori...salah langkah aku mati tidak berkubur. Ramai yang keliru dengan istilah pengundi hantu. Sebenarnya pengundi hantu hanya dalam SPR saja. Kita tidak akan berjumpa orang yang akan mengundi dua kali dalam satu pilihanraya. Kalau ada pun itu hanya kes terpencil yang jarang dilakukan secara terang-terangan. Pengundi hantu ini sama tarafnya seperti undi pos.


Ada nama pengundi tapi orang lain yang tukang pangkah sebagai pengundi. Nama pengundi yang meragukan, ada pendatang haram jadi warga Negara, penduduk tetap dapat kad pengenalan biru, undi mat bangla/mat indon, ada satu alamat 100 orang tinggal, beratus ribu nama hilang, kawasan mengundi di alih, sempadan kawasan mengundi di ubah adalah strategi menipu. Mereka ini wujud atas nama saja tapi mereka tidak datang mengundi ditempat yang telah ditetapkan. Orang luar tidak tahu pekara tersebut kecuali kakitangan SPR dan segelintir pemimpin UMNO Baru saja yang mengetahuinya.

Mereka ini sebenarnya yang bertanggongjawab keluarkan kertas undi mengikut jumlah pengundi klon yang tersenarai dalam daftar pemilih dalam satu kawasan pilihanraya dan mereka sendiri yang pangkah kertas undi tersebut secara sulit agar jumlahya akan memberi kemenangan kepada calon BN. Siapa yang akan mengira kedatangan pengundi, sedangkan agen pilihanraya telah diberi rasuah sebagai tutup mulut? Inilah strategi yang selalu diguna pakai oleh SPR yang membolehkan UMNO dan Barisasn Nasional mendabik dada kononnya mereka lah yang disukai oleh rakyat dan paling layak memerintah.

Tapi sebenarnya mereka adalah kerajaan haram yang selama ini menguasai Malaysia secara menipu. Itu sebabnya mereka begitu berani meluluskan dakwat kekal untuk digunakan dalam pilihanraya nanti. Sebenarnya itu adalah tindakan BN/SPR memperbodoh-bodohkan pihak Pakatan Rakyat saja. Jangan pandang remeh apabila ada pemimpin Barisan Nasional mengistiharkan bahawa mereka begitu yakin merampas kembali kawasan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana mereka memang merancang dan bersedia untuk melaksanakan penipuannya..... jangan biarkan Mohd. Najib dengan kuncu-kuncunya melakukan lagi rampasan seperti yang dilakukan di negeri Perak.
 
By Anonymous on MALIKUL SEMBAB BERSABDA LAGI on 4/7/12

Dari blog Tukar Tiub

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.