02 November, 2012
Zambry Kadir Bukan Calon MB Pilihan Najib
Sudah
hampir pasti menteri besar haram Perak, Zambry Kadir tidak akan dipilih
sekali lagi menerajui negeri yang pernah bergolak ekoran rampasan kuasa
secara haram oleh Barisan Nasional (BN) yang didalangi timbalan perdana
menteri ketika itu yang kini perdana menteri, Najib Altantuya.Walaupun
hampir sah Zambry akan diletakkan semula di kerusi DUN Pangkor yang
diwakilinya sekarang, veteran Umno sendiri pun tidak yakin kepimpinan
Zambry menepati hasrat rakyat negeri itu yang mahukan lebih daripada
seorang jurucakap semata-mata.
Pengumuman Zambry yang mendahului hasil kajian menyeluruh yang dilakukan Jabatan Geologi dan Mineral berkenaan penemuan emas di negeri yang kaya dengan bijih timah satu ketika dahulu tidak cukup untuk menyelamatkan kedudukannya sendiri.Sebaliknya pemimpin Pakatan Rakyat negeri terus membidas tindakannya kerana kajian tersebut belum selesai sepenuhnya terutama kesan alam sekitar terhadap projek yang akan dimulakan dalam tempoh enam bulan itu.Satu lagi faktor ialah Zambry sendiri yang bukannya dari 'kem Najib Altantuya' sebaliknya dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang berjaya memintas calon Najib Altantuya sendiri, ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman.Berdasarkan kedudukan semasa,

Perak masih berpeluang dirampas Pakatan Rakyat dengan majoriti kerusi
antara tujuh ke 11 kerusi berbanding BN.April lalu, kiraan Pakatan
Rakyat menunjukkan mereka mendahului BN dengan kiraan 35 kerusi
berbanding 24 untuk BN.Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan 24 kerusi
parlimen.Untuk kerusi parlimen pula, Pakatan Rakyat dijangka menang
antara 11 ke 15 kerusi berbanding hanya 11 yang dimenangi dalam
pilihanraya umum ke-12 lalu.Antara kerusi parlimen yang dikatakan
berpotensi dimenangi Pakatan Rakyat ialah Lumut, Pasir Salak, Kampar dan
Tanjong Malim.Dengan perkiraan itulah Najib Altantuya sudah berhenti
mengunjungi negeri itu setelah lebih daripada enam kali melakukan
lawatan sejak awal tahun ini, terakhir ketika sambutan di Lumut, tiga
minggu lalu.
Ahli parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi dan ahli parlimen
Tambun, Ahmad Husni Hanadzlah saling berlumba-lumba merebut kedudukan
tersebut dari Zambry selain masalah dalaman Umno negeri turut
menyukarkan peluang BN untuk terus berkuasa di negeri itu.Beberapa
kerusi yang dimenangi tetapi penyandang kerusinya yang keluar dan
menjadi 'mesra BN' seperti parlimen Bagan Serai, DUN Changkat Jering,
DUN Jelapang dan DUN Behrang hampir pasti boleh dimenangi calon Pakatan
Rakyat.Status kesemua mereka termasuk Osman Jailu, Jamaluddin Mohd
Radzi, Mohsin Fadzli Samsuri dan Hee Yit Foong disifatkan sebagai
'gugur' kerana calon BN sudah dikenal pasti untuk bertanding menentang
calon Pakatan Rakyat.
MCA dan MIC sebagai sekutu kuat Umno masih belum
pulih daripada tsunami politik yang membadai negeri ini kerana jentera
pilihanraya masing-masing dikatakanmasih belum digerakkan sepenuhnya,
dipercayai masih menunggu 'habuan' yang dijanjikan sebelum memulakan
gerak kerja pilihanraya.
Di satu sudut lain, ini bermakna peluang mereka
merampas semula kerusi yang tewas di tangan calon Pakatan Rakyat
dianggap tipis walaupun mengharapkan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M
2.0) sedikit sebanyak mampu memancing undi yang diperlukan untuk
kemenangan BN.Entah apa puncanya habuan yang dijanjikan belum lagi tiba
kerana mungkin kemenangan yang diharapkan Najib Altantuya semakin jauh
dari pandangan.Zambry nampaknya kini boleh mengucapkan selamat tinggal
buat kerusi yang disayanginya kerana calon pilihan Najib Altantuya sudah
bersedia menggantikannya, itu pun jika rakyat negeri ini yang masih
terkesan dengan rampasan kuasa BN pada 4 Februari 2009, tergerak hati
untuk mengundi mereka sekali lagi. ~jalanpulang
0 orang berkata:
Post a Comment