Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, November 2, 2012

Taufan Sandy membolehkan Barack Obama tampilkan imej sebagai presiden yang bertanggungjawab


Taufan Sandy membolehkan Barack Obama tampilkan imej sebagai presiden yang bertanggungjawab
LAWAT KAWASAN TERJEJAS: Encik Barack Obama memeluk pemilik marina North Point, Cik Donna Vanzant, di Brigantine, New Jersey, semasa melawat kawasan yang terjejas ribut Sandy bersama Encik Chris Christie (kiri), kelmarin. - Foto REUTERS

ATLANTIC CITY (New Jersey): Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan pesaingnya daripada Parti Republikan, Encik Mitt Romney, kembali berkempen semalam.
Encik Obama telah mengetepikan persaingan politik selama tiga hari bagi menguruskan respons federal terhadap bencana ribut taufan yang melanda kawasan pantai timur Amerika.
Sedang Encik Obama berbuat demikian, Encik Romney pula terpaksa melunakkan sebahagian kritikannya yang pedas terhadap Encik Obama agar tidak kelihatan tidak sensitif sedang rakyat negara itu menghadapi ribut Sandy.
Dalam persaingan menuju ke Rumah Putih yang cukup sengit, kedua-dua calon menjalani hari yang cukup berbeza semalam.
Presiden Obama menyertai Gabenor New Jersey, Encik Chris Christie, dengan melawat kawasan yang terjejas oleh ribut Sandy sementara Encik Romney hanya mengunjungi beberapa perhimpunan di Florida.

Kemusnahan akibat Taufan Sandy membolehkan Encik Obama menampilkan imej sebagai presiden yang bertanggungjawab pada waktu-waktu kecemasan.
Hanya lima hari sebelum hari mengundi, persaingan antara Encik Obama dengan Encik Romney begitu sengit sekali dengan kedua-dua pihak menjangkakan kejayaan.
Namun, tinjauan pendapat menunjukkan Encik Obama mempunyai sedikit kelebihan di sembilan wilayah yang tidak menyokong Parti Demokratik atau Republikan dan dijangka menjadi penentu keputusan pilihan raya.
Encik Obama telah mengadakan lawatan dengan menaiki helikopter ke kawasan yang terjejas di New Jersey bersama Encik Christie, yang merupakan penyokong kuat Encik Romney.
Dengan Encik Christie di sampingnya, Encik Obama pantas menjanjikan bantuan federal.
"Kami tidak akan menerima pita merah, kami tidak akan bersabar dengan birokrasi," kata Encik Obama.
Encik Christie memuji Encik Obama kerana pantas memberikan bantuan federal kepada wilayah itu.
"Memanglah sangat penting bagi presiden Amerika mengakui kesengsaraan yang berlaku di New Jersey dan saya sangat-sangat menghargainya," kata Encik Christie, yang kemudian menyampaikan ucapan terima kasih kepada Encik Obama kerana "rasa belas kasihannya". - AP, Reuters.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.