Najib Tun Razak
Najib Tun Razak berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia di PWTC tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing dalam memantau pengurusan pilihan raya negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menggunakan campur tangan pihak lain bagi menangani masalah sistem pilihan raya di negara ini.

"Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

"Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan
sebagainya," kata beliau ketika berucap pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Perdangan Dunia Putra hari ini.

Laporan media Rabu lalu menyebut permintaan bantuan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditolak oleh Australia atas alasan tidak mahu mencampuri urusan negara.