Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEPA SURUH JALAN KAKI, BARU PUASSSS !



21 November, 2012

Kantoi!! Pencacai Umno Gagal Fitnah Ketua Wanita KEADILAN

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak melihat isu kenderaan dimilikinya seperti ditimbulkan oleh sebuah blog pro-Umno, www.sel13.com sebagai satu masalah kerana tidak ada apa-apa unsur mencurigakan dalam pemilikan berkenaan serta mengalu-alukan jika mana-mana pihak mahu melakukan siasatan terhadap dirinya.“Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan.

“Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen.“Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen.

“Toyota Hilux itu pula, saya ‘trade in’ (jual kereta lama beli kereta baru) dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan,” kata Zuraida ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Ketua Wanita KEADILAN itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat.

“Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan.

“Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian,” katanya.

Selain itu Zuraida menegaskan dakwaan mengenai asal-usul keluarganya serta isu penyertaannya dalam KEADILAN adalah tidak benar.

“Saya menyertai KEADILAN (dulu PKN) semenjak tahun 1999, jadi tak benar dakwaan mereka saya masuk KEADILAN selepas aktif semasa menyertai Gerakan Mansuhkan ISA (GMI),” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.