Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNIT KHAS TU BIARLAH DIWAKILI SEMUA PARTI

SPR tubuh unit khas selia data pemilih
JAMILAH HAMZAH
21 November 2012
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengambil langkah mewujudkan unit khas untuk menguruskan data pemilih seperti dituntut oleh ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang sebelum ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR telah meminta bantuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) behrubung soal penubuhan badan khas bagi meningkatkan kredibiti suruhanjaya.


Daftar pemilih semasa mempunyai lebih daripada 12 juta nama.


Menurutnya, ahli badan tersebut akan dipilih daripada pegawai-pegawai SPR sendiri, yang lebih memahami keadaan sebenar proses pilihan raya di Malaysia.


"Kita memang sedang mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan badan khas tersebut seperti dicadangkan sebelum ini dan kita masih tak cukup pegawai untuk laksanakannya.


"Kita akan pilih orang dalam dan kita sudah pun minta bantuan JPA, kita tak mahu orang luar masuk campur kerana mereka tak tahu melanisme, dasar dan lain-lain yang akan memeberi masalah kepada kita.


"Badan ini tugasnya hanya semak dan menyiasat, tak ada tugas lain," katanya kepada Sinar Harian Online.


Kelmarin, selepas perjumpaan SPR bersama ahli Parlimen yang dianjurkan oleh Parlimen, Pakatan Rakyat mengesyorkan badan khas ditubuhkan untuk membuat semakan terhadap data daftar pemilih yang statusnya diragui setelah SPR mengakui kesilapan tidak menyemak semula data tersebut.


PR juga menyatakan SPR masih tidak mempunyai kecekapan dan kredibiliti dalam menguruskan data.


Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, kerjasama antara rakyat, badan bukan kerajaan (NGO), dan parti politik perlu untuk menyelesaikan perkara-perkara yang didakwa masih tidak bersih kerana itu tanggungjawab bersama.


Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kesal apabila ahli politik lebih berminat untuk menjadikan isu berkaitan SPR sebagai agenda politik dan menyalahkan pihaknya daripada memaklumkan kepada SPR.


"Kita minta sesiapa sahaja yang rasa masih ragu dengan data daftar pemilih, datang maklumkan pada kita, sebab itu kita jual senarai nama atau data daftar pemilih untuk sesiapa yang mahu buat semakan.


"Ini tidak... mereka lebih minat nak hentam kita dan gunakan sebagai isu politik, kalau orang buat aduan kita bolehlah ambil tindakan dan lakukan siasatan," katanya.


Dalam pada itu, Wan Ahmad juga berkata, SPR telah memberi jaminan akan menyelesaikan isu pengundi yang  bermastautin di luar negara dengan membuat peraturan baru sebelum tarikh pilihan raya.


Katanya, peraturan baru itu akan diedarkan di Parlimen dalam masa terdekat tanpa perlu dibahas.


"Kita akan edar peraturan baru di Parlimen, mungkin minggu hadapan untuk pengundi yang berada di luar negara dan akan membuat hebahan besar-besaran ke seluruh negara.


"Namun mereka perlu pulang ke Malaysia sekali dalam tempoh lima tahun untuk menunjukkan rasa kesetiaan mereka pada negara, kalau mereka tak balik, mereka tak akan tahu perjalanan politik negara, siapa Ahli Parlimen, ini tak adil," katanya lagi.


Dalam perjumpaan itu, SPR telah menjelaskan 12 isu yang dibangkitkan di Parlimen sebelum ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.