Friday, November 2, 2012
Ingatkan hanya Israel sekat bantuan kemanusiaan.. rupanya di Malaysia pun ada .. tengoklah!
Bagi yang sering mengikuti perkembangan dirantau Arab terutamanya yang melibatkan negara haram Israel dan Palestine, berita pihak berkuasa regime Zionist menghalang bantuan kemanusiaan dari sampai kepada rakyat Palestine bukanlah satu perkara yang luar biasa.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen pernah disekat pelayarannya di Greece bersama misi kemanusiaan Misi Flotila.
Ekoran itu beliau melahirkan kekecewaannya “Kalau mereka tidak takut kenapa tidak lepaskan 10 kapal yang pergi daripada Greece tanpa membawa senjata hanya bawa bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan bahan binaan tetapi disekat oleh kerajaan Greece yang tunduk kepada tekanan daripada Israel dan tidak benarkan kita keluar,” katanya.
Itu insiden di luar Malaysia..
Percayakah anda jika dikatakan bahawa insiden seperti itu iaitu menyekat bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestine oleh Pihak Berkuasa Israel juga berlaku di Malaysia, di negeri Melaka.
Dalam insiden serupa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Zionist itu, Penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah bertindak menghalang proses menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Taman Air Keroh, Melaka oleh seorang Wakil Rakyat dari DAP/PR.
Berbagai alasan diberikan oleh pihak Penguatkuasa untuk menghalalkan tindakan mereka itu antaranya ialah tidak ada permit, tidak ada lessen, menghalang lalu lintas dan juga arahan pihak atasan (UMNO).
Penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah memberikan tempoh hanya satu jam untuk petugas mengemas barangan mereka atau tindakan akan di ambil….
Ini notisnya.. diambil dari FB Cili FM.. klik pada image untuk paparan lebih jelas..
Ini video kejadiannya..
Bila puak zionist dijadikan penasihat.. itulah hasilnya...
0 orang berkata:
Post a Comment