Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hulamaaaaak ! sabah jadi anak emas sekarang !

Muhyiddin: 'BN tidak boleh kehilangan Sabah'

21 November 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Beliau berkata, ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.

"Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah. Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya," katanya pada majlis sarapan pagi dengan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan veteran Umno di sini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
 
Muhyiddin melahirkan harapan agar Mubarak akan terus memainkan peranannya untuk membantu kerajaan BN melaksanakan dasar dan program pembangunan dengan sering turun padang untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat, terutama di peringkat akar umbi.

"Walaupun sekarang anda (anggota Mubarak) ada banyak masa untuk bersama keluarga, tapi saya percaya ingin terus berkhidmat kepada rakyat dengan sedapat mungkin dan kerajaan menghargai serta mengucapkan terima kasih atas usaha murni anda ini.

"Saya yakin anda terus mengikuti perkembangan politik semasa dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. BN sudah berkhidmat kepada rakyat

selama lebih 50 tahun dan rakyat semakin meyakini kita. Oleh itu, kita tidak boleh menghampakan mereka sekarang," katanya.

Muhyiddin juga mengingatkan Mubarak bahawa kini rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan berikutan kemajuan teknologi komunikasi  maklumat.

"Ada orang yang menjanjikan bulan dan bintang. Mubarak boleh memainkan peranannya dalam menangkis pembohongan dan janji kosong itu agar ia tidakmemberi kesan negatif terhadap rakyat.

"Kita sedar kita dipilih oleh rakyat. Oleh itu, sambil mengajak rakyat menghakimi kita, kita juga perlu pastikan kita memberi yang terbaik kepada mereka agar mereka terus menyokong kita dan memberi kemenangan kepada kita pada pilihan raya kelak," katanya. - Bernama


 
  • Abu Abup · Top Commenter
    Aku baru tertengok berita tengah hari. Muhyiddin ke Sabah bertemu anggota Mubarak. Habis hancur budaya Melayu dirosakkan budaya Umno. Ada perempuan agak berumur bertudung, bersalaman dengan Muhyiddin sambil mencium tangannya. Kalau lelaki mencium tangan pemimpin lelaki bukan ulama itu sudah kebiasaan dalam umno kerana membodek.

    Cuba fikirkan, adakah perempuan bukan mahram mencium tangan pemimpin lelaki adalah budaya Melayu? Bukan, ianya budaya umno. Selamatkanlah Melayu daripada terus dirosakkan umno. Umno lama (contohnya 70an) setahu aku tidak ada budaya seperti ini. Tetapi semakin lama semakin rosak dan itu yang dikatakan oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

    Tetapi sedih kerana masih lagi ramai Melayu yang tidak ada kepentingan politik yang rendah inteleknya tidak sedar akan perkara ini. Juga masih ramai yang sanggup menjadi pencacai semata-mata RM 3 untuk satu posting menjadi tali barut. Tumbanglah dan KO Umno kerana sudah rosak. Amin.
  • Mija Norddin · Clan Lord at Defense of the Ancients
    KALU SABAH HILANG..PAK JIB DAN PAK DIN PUN HILANG...X USAH TAKUT DAN BIMBANG RAKYAT SABAH SEKARANG DAH CERDIK DAN PANDAI..INI KALI LAH KITA TUKAR...UMNO DAH JALAN TUGAS MEPERKAYA KAN PEMIMPIN DAN KRONI NYA..APA TUNGGU LAGI INI KALI LAH..BANGKITLAH RAKYAT JGN BIARKAN NEGERI INI HANCUR..HARAPAN BARU BUAT RAKYAT SABAH ..INI KALI LAH TUKAR KERAJAAN..
    • Gualipoh Redland · Top Commenter · Works at Self employed
      AKU ANAK KAMPUNG, TIADA PELAJARAN..UMNO ORG KAYA,,AKU TIADA APA2...MEMANG ENGKAU PANDAI, BALAK ENGKAU SAPU...BANYAK YG TERGODA ..AKU ANAK DUSUN TAHU TULIS2 TAPI JGN TIPU AKU SUDAH TAHU..INI KALI LAH....ANAK DUSUN MEMANG PANDAI, ANAK DUSUN MEMANG CERDIK ,,,INI KALI LAH ..TUTKAR!!!!HIDUP PAKATA RAKYAT.
  • Syamsul Arif Ahmad Mokhtar · · Top Commenter · Kuantan
    Klu betol rakyat dah yakin dgn Bn,apa yg susah hati sgt pak din murtabak oii?
  • Anuar Awang · Top Commenter · Universiti Malaysia Terengganu
    memang dah.....pertahankan sabah sampai bila2....bn yg terbaik dan perjuangkan nasib rakyat dan bknnya menabur janji kosong smata2 nak pancing undi...rakyat sabah xbangang nak sokong pmbangkang yg sememangnya gila kuasa...
  • Apai Wai · Top Commenter · UPPER FORM ONE
    walau pun dah 55thn memerintah kami dah puas, kaMI DAH RASA BENCI DGN UMNO.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.