Sabtu, 3 November 2012
Syaitan Terdesak : Lori Kempen DAP Dicuri!
Sebuah lori Parti Tindakan Demokratik (DAP) dicuri awal pagi tadi di Johor Bharu, Johor menurut laman web berbahasa Inggeris, The Star Online sebentar tadi.
Lori tersebut yang diletakkan di hadapan sebuah kedai kopi di Taman Tunku Aminah, Skudai dipercayai dicuri sekitar jam 4 pagi ketika pemandunya sedang tidur di kawasan berhampiran.
Ketua pemudanya, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkara tersebut sebentar tadi kepada bekas wartawan portal berita Malaysiakini, Regina Lee.
Seorang saksi kejadian memberitahu lori tersebut kali terakhir dilihat kira-kira jam 1 pagi tadi.
Lori tersebut yang baru saja dilancarkan kurang seminggu lalu bakal menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia dalam usaha mendekatkan diri kepada masyarakat selain mempromosi pelbagai bentuk imbuhan menarik seperti memansuhkan tol, menurunkan harga minyak dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat
Lori seberat lima tan itu disedari dicuri ketika petugas parti mahu mengambilnya sekitar jam 6 pagi dan memaklumkan perkara tersebut kepada Anthony yang juga ahli parlimen Rasah itu.
Tambahnya, lori tersebut dicuri bagi menghalang bahan kempen ceramah parti itu dan Pakatan Rakyat dari sampai ke tapak ceramah mega di Senawang, Negeri Sembilan malam ini sempena himpunan mega kebangkitan rakyat yang bakal dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat antaranya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.
Anthony tidak menolak kejadian tersebut sebagai insiden sabotaj dan satu laporan polis mengenai kehilangan lori milik DAP itu akan dibuat dalam masa terdekat.

0 orang berkata:
Post a Comment