Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUHU POLITIK APA BENDA NYEEE ! ATEE ? OGHANG PEKAN NAK DIE !

Pembaca: Kenyataan Hadi hanya 'pemanas' suhu politik
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
3 November 2012
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
SHAH ALAM - Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan mencetuskan satu polemik baru dalam arena politik negara mutakhir ini – mengundang pelbagai reaksi – antara lain kata “pemanas suhu politik” dan “mainan politik.”

Abdul Hadi mengejutkan banyak pihak apabila menyatakan beliau sedia untuk dicalonkan sebagai lawan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional bagi merebut kerusi Parlimen Pekan yang disandang pemimpin nombor satu negara itu sejak 1976 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.


Pelbagai pihak mula memberikan reaksi balas berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.


Di pihak pembangkang, ada yang menyambut baik namun mengesahkan perkara itu belum dibincangkan di peringkat Pusat.


Sementara bagi pimpinan Umno-BN, mereka merasakan kenyataan Abdul Hadi hanya mainan politik pemimpin Pas itu dan jika benar, beliau hanya menjerat lehernya sendiri untuk bertanding di kawasan kubu kuat Umno-Barisan Nasional itu.


Sinar Harian Online sejak pagi ini meminta pandangan pembaca yang singgah ke portal kami untuk memberikan pendapat mereka berhubung kesediaan mantan Menteri Besar Terengganu itu mencabar Najib di Pekan.


Antara pandangan yang kami terima ialah dari pembaca Khairulamir Sulaiman yang berkata, "semua orang tahu Pekan kawasan tradisi Najib walaupun hampir kalah 1999 dulu.”


“Peluang Haji Hadi jika ke Pekan agak sedikit.Mungkin sekitar 35% saja untuk menang. Sama seperti Najib jika ke Marang. Najib pasti akan kalah jika masuk kubu Haji Hadi.


“Aku rasa ini hanya 'pemanas' suhu politik Malaysia saja. Jika kedua-duanya setuju untuk bertembung mungkin Parlimen Kemaman sesuai. Terletak di tengah-tengah antara Pekan dan Marang... dan peluang kedua-duanya juga seimbang,” katanya.


Muhammad Norhafiz Hashim berpendapat, "satu kejutan dan keputusan yang jika benar akan berlaku lagi tsunami politik di Malaysia.


“Pekan kubu kuat Umno dan Datuk Seri Najib, sukar untuk Pas menawan Pekan jika dilihat kepada keputusan PRU12, namun Pas telah melakukan gerak kerja sebaik saja PRU12. Hingga kini, keyakinan Pas Pekan akan bertambah yakin dengan kesudian Presiden Pas sendiri mahu bertanding di Pekan,” katanya.


Seorang yang menggelar dirinya Anak Jawa pula berkata, Abdul Hadi nampaknya sudah goyah untuk bertanding di tempat sendiri.


“Sudah tak yakin nak bertanding di tempat sendiri agaknya. Fitnah, pembohongan yang dilakukan telah menampakkan tembelang penipuannya… sebab itu nak lari tanding di luar kawasan," ujar beliau.


Seorang pembaca Abdullah Yew berkata, “try (cuba) la. Dekat sini kita boleh tengok sama ada salakan Pas yang kononnya ALLAH bersama mereka betul atau tidak. Kalau kalah maksudnya tipu la tu.


"Kalau Syed Mokhtar (Al-Bukhary) sakit, orang Pas cakap itu bala ALLAH kerana dia sokong Umno. Kalau Nicky Aziz (Nik Aziz) sakit orang Pas cakap, ALLAH nak ampun dosa dia yang konon sedikit tu," katanya.


Khairuddin Jaafar pula berkata, "tuan-tuan jangan buat-buat tak ingat, PRU11 yang lalu Najib hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Perbezaan undi hanya 2++ sahaja. Kalau bukan kerana undi pos sudah lama Najib tanam jagung dekat kampung.”


Sementara menurut Akira Bakhtiar pula, tindakan Abdul Hadi itu “satu keberanian tetapi perlu faham situasi politik di Malaysia.”


“Umno dan BN akan gunakan dan lakukan apa sahaja untuk menang.Undi pos, undi tentera, pengundi hantu, tipu undi, tukar kotak undi... semuanya akan dilakukan.


“Akan jadikan Pekan sebagai kawasan undi paling kotor dalam dunia. Kalau sistem politik dan pilihan raya seperti AS pastinya Najib kalah besar,” katanya.


Hisham Yahya pula berpandangan, Abdul Hadi hanya bermain politik, tiada niat tanding di Pekan.


“Nanti dekat-dekat nak pilihan raya dia akan kata parti tak bagi dia bertanding di Pekan. Dia kena ikut kehendak parti. Trick (helah) lama yg dah digunapakai oleh Nik Aziz yang tak jadi pencen selama bertahun-tahun,” katanya.


Amri Jengka pula berkata, “tak akan lah Presiden Pas nak tinggalkan kawasan selesa untuk mencuba kawasan yang belum pasti… di negeri orang pulak tu.”


Dalam pada itu, Ahlaa Laili pula berpandangan, “bagi calon yang berpengaruh, sepatutnya Haji Hadi bertanding kawasan calon bukan Islam lawan dengan MCA atau MIC. Insya-ALLAH boleh menang. sekurang-kurangnya kita dapat tambah kerusi Melayu Islam tanpa mengira ideologi politik.”


Menurut Rahman Anor pula, “memang bagus! Buku dan ruas Presiden Pas-Presiden Umno bertembung. Pastinya DSN (Datuk Seri Najib) dan DSHH (Datuk Seri Hadi Awang) mempunyai pengaruh dan kekuatan masing-masing.


“Pasti DSN mendapat tentangan sengit walau pun di kubu kuatnya. Saya setuju 120% dan yang lebih baiknya Pas-Umno bersatu dan berpadu demi kekuatan Umno,” tambah beliau.


Fairu Zamir pula berkata, “dulu Hadi Awang sendiri cakap dia sudah letih dan nak tarik diri untuk jaga cucu dekat rumah. Jadi tak hairan lah dia bertanding dekat mana-mana pun.”


“Kalah bukan isu besar. Inilah cara terhormat Hadi nak letak jawatan. Sekurangnya kalah bermaruah sebab bertanding dengan orang nombor satu,” katanya.


Malah banyak lagi pandangan dan komen yang kami terima berhubung kesediaan Abdul Hadi untuk diletakkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Pekan.


Setakat ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perbincangan mengenai perkara itu masih belum dibuat dan beliau 'rasa' Abdul Hadi kekal bertanding di Parlimen Marang.


“Mungkin dia cuma tunjuk kesediaan beliau yang patuh kepada keputusan parti. Mesej di situ ialah semua orang termasuk dia terpaksa patuh kepada parti,” kata beliau kepada Sinar harian Online.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.