POLITIK MANGKOOOO !
Dewan Ulama: Ahli Pas mahu Hadi jadi PM
Dewan Ulama: Ahli Pas mahu Hadi jadi PM
18 November 2012
PENGKALAN CHEPA - Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun
Nizam Mat Hussain mengulangi pendiriannya bahawa beliau yakin sebahagian
besar ahli parti itu mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana
Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kerajaan Pusat.
"Saya kira kalau rata-rata ahli Pas mahukan presiden (Abdul Hadi)
sendiri jadi Perdana Menteri, tetapi tuan guru dia mempunyai sikap yang
baik iaitu dalam masalah memimpin masyarakat itu yang terbaik adalah
pelaksanaan amanah, siapa yang hendak menjadi yang paling tinggi, ia
terserah kepada rakyat," kata beliau kepada Sinar Harian Online lewat semalam.
Soal itu mendapat perhatian di Kelantan yang menjadi lokasi Muktamar Tahunan Pas ke-58.
[IKUTI BANCIAN ONLINE MENGENAI ISU INI]
Ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menjawat jawatan itu.

Pendapat sama sebelum itu disuarakan oleh anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini.
Isu itu menjadi 'lebih panas' semasa perbahasan ucapan dasar presiden pada muktamar pagi semalam apabila Hairun yang mewakil Dewan Ulama menegaskan Hadi wajar dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU13.
Sebaliknya, Hadi pula berkata, beliau rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.
"Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya. Siapa yang jadi Perdana Menteri, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat," kata beliau pada sidang media tengah hari semalam.
Walaupun nama Anwar sering disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, Hairun berpendapat bahawa ia hanya pandangan peribadi sesetengah pemimpin pakatan.
Beliau juga berkata, masih belum ada sebarang perbincangan yang berlangsung dalam perikatan pembangkang itu bagi menentukan siapa bakal Perdana Menteri Malaysia jika pembangkang menakluk Putrajaya.

"Saya rasa perkara ini tidak akan menjadi isu, tidak ada satu
persepakatan untuk meletakkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri.
"Setakat yang kita tahu benda (jawatan PM) ini masih belum ada kesepakatan.
"Setakat yang kita tahu benda (jawatan PM) ini masih belum ada kesepakatan.
"Belum ada perbincangan khusus yang menentukan, jadi ia lebih kepada
pandangan peribadi. Jadi ia tidak dianggap sebagai satu pendirian parti
sendiri," katanya.
Malah ketika ditanya, atas dasar apa beliau menyatakan bahawa Hadi
patut dilantik sebagai Perdana Menteri, Hairun berkata, hanya kepimpinan
Pas yang mampu membawa syariat Islam dalam pentadbiran kerajaan.
"Dari segi kami alangkah baiknya kalau tuan guru sendiri. (Tetapi)
kalau tuan guru sendiri setelah berbincang (dan) buat keputusan orang
tertentu yang akan menjadi Perdana Menteri, bukan tuan guru, maka kami
akan
dengar lah apa yang dinyatakan oleh tuan guru," ujar beliau.
dengar lah apa yang dinyatakan oleh tuan guru," ujar beliau.
0 orang berkata:
Post a Comment