Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

20 December 2012

BERANIKAH NAJIB BENARKAN STADIUM MERDEKA UNTUK HIMPUNAN 12 JAN


Beranikah Najib membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan diadakan di Stadium Merdeka. Kita semua sudah faham benar dengan perangai penakut dan pengecut pimpinan Umno/BN yang sering bercakap berdolak dalik sebelum ini.
Semasa Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 pun mereka berdolak dalik sehingga menyebabkan ianya berjalan dengan tidak aman disebabkan gangguan pihak-pihak berkenaan atas arahan mereka.
Jika benar Najib dan pimpinan Umno/BN anak jantan dan berani serta professional sepatutnya mereka memberi kerjasama kepada rakyat untuk berhimpun secara aman bukannya mengacau dan mengganggu sehingga memperok-perandakan rakyat.
Bertindaklah secara professional dan anak jantan. Lihat bagaimana negara-negara maju menangani himpunan aman rakyat. Malah kita telah membuktikan banyak kali bagaimana rakyat boleh berhimpun secara aman jika tiada provokasi dan gangguan dari pihak tertentu yang sengaja menimbulkan huru hara dan kekacauan.
Apakah mereka bimbang jika himpunan aman ini tidak diganggu rakyat akan semakin ramai hadir dan menunjukkan sokongan kepada penganjur himpunan tersebut. Rakyat hanya ingin meluahkan perasaan tidak puashati terhadap sistem pilihanraya yang tidak bersih, bantahan terhadap lynas, isu felda, penafian royalti dan sebagainya. Mereka tidak bermaksud untuk merusuh dan membuat kacau. Pasukan keselamatan boleh mengawal mereka dari membuat kacau, bukannya mencetuskan kekacauan seperti apa yang berlaku pada himpunan-himpunan sebelum ini.
Semalam Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.

"Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.

Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.

"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.

"Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.

Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.

Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut.

"Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais.

1 orang berkata:

Anonymous said...

smirpkgom
http://www.woolrichitalystore.com/ woolrich sito ufficiale
http://www.mywoolrich.com/ woolrich outlet
http://www.woolrichsitaly.com/ woolrich rosso
http://www.woolrichsalecheap.com/ woolrich outlet
http://www.woolrichitalyshop.com/ woolrich outlet
pasopmmhk
woolrich italia
woolrich outlet
woolrich rosso
outlet woolrich
woolrich sito ufficia
qtbgrnahd
[url=http://www.woolrichitalystore.com/]outlet woolrich[/url]
[url=http://www.mywoolrich.com/]woolrich[/url]
[url=http://www.woolrichsitaly.com/]woolrich italia[/url]
[url=http://www.woolrichsalecheap.com/]woolrich modelli[/url]
[url=http://www.woolrichitalyshop.com/]woolrich eskimo[/url]

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.