Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NIK AZIZ,HADI MAHU DEBAT DULU BARU LA BOLEH TARIK !

Umno mahu Nik Aziz, Hadi tarik balik 'fatwa'

26 Disember 2012

Nik Aziz 
  Nik Aziz
 

KOTA BHARU - Selain Amanat Hadi yang perlu ditarik balik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam negara ini, Mursyidul Am parti pembangkang itu juga perlu berbuat demikian kerana mengeluarkan beberapa fatwanya sendiri.

Pak Karamu:
Yang berpecah bukan umat islam, tapi umat melayu

Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana beberapa fatwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan terutamanya mengenai Umno murtad dan sesiapa yang menyokong Umno sebagai mungkar, turut memberi implikasi buruk terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Pak Karamu:
Murtad ? Mungkar ? Debat dulu baru bpleh buat kenyataan, Nik Aziz dan Hadi bukan majlis ahli majlis fatwa, mereka cuma memperkatakan batas iman dan kufur, Mat Maslan belajar mana gama ? Harussani, ulama muda UMNO ? c yaaaaan !

"Nik Aziz perlu menarik balik fatwanya itu yang boleh menjadi perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam. Bukan Abdul Hadi sahaja yang perlu berbuat demikian (menarik balik amanat)," katanya kepada pemberita selepas melawat 157 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, malam ini.

Pak Karamu:
Wooooit, nak tolong mangsa banjir atau nak kempen ? kalau nak kempen pegi balik ! Kalo ko anak jantan DEBAT DULU 

Pada 19 November lalu, Nik Aziz  berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau. Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

Pak Karamu:
DEBAT dulu kalo nak tahu murtad atau tidak, kalo Nik Aziz nak ambil tindakan undang-undang yang ko sebok wat apa ?

Ahmad berkata, ini sejajar dengan titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semalam yang mahukan umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan. Ketika merasmikan Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), baginda berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan serta betapa kecewanya apabila tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa peperangan sesama sendiri.

Pak Karamu:
UMNO tak mahu sedar tuanku ! Demo nok gadoh ngan parti isle, demo gedebe !

Ahmad berkata, masyarakat sebenarnya keliru dengan fatwa politik yang dibawa Pas, yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Pak Karamu:
Berubah kepala otak ko, PAS tak pernah berubah dengan dasarnya

"Bukan orang Islam sahaja yang keliru malah orang bukan Islam juga keliru. Kita tidak boleh biarkan pihak lain menempelak orang Islam dalam hal-hal sebegini," katanya.

Pak Karamu:
Orang bukan islam keliru ? Ni sah nak pancing undi punya kenyataan , bodoh punya penerangan UMNO , ko buta huruf  hukum agama

Beliau berkata titah baginda itu tepat pada masanya dan tidak terlewat bagi umat Islam untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Pak Karamu:
Melayu saja berpecah sudah la jangan nak pecah belahkan PAS pula macam UMNO tu !

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa banjir ketika lawatannya ke beberapa tempat yang dilanda banjir esok.

Pak Karamu:
Dah agak dah, tu semua nak kempen burukkan PAS
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.