Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


22 Disember, 2012

Panas!! Samseng BN Halang Solat Di Masjid


KAJANG 22 DIS: Peserta perkhemahan ‘Solidariti Umar Mohamad’ di depan Penjara Kajang yang berkhemah depan pintu penjara sejam malam tadi, dihalang dari menggunakan masjid untuk solat Asar.
Seorang pegawai Unit Keselamatan Penjara (UKP) berpangkat Koperal dengan tanda nama ‘Roslan’ memaklumkan, larangan itu dibuat terhadap mereka yang berkhemah.Wartawan Keadilan Daily dan Harakah Daily yang berada di lokasi untuk membuat liputan turut dihalang bersolat Asar di masjid itu.“Ini arahan orang atasan,” kata pegawai yang tidak menyatakan rasional arahan itu.
Di asak soalan, Roslan kemudia mendapatkan bantuan pegawai atasan yang hanya mahu dikenali dengan nama ‘Kamil’.“Masjid ini untuk kegunaan keluarga staf penjara. Hanya kami yang ada kuasa untuk benarkan atau tidak sesiapa yang mahu sembahyang di sini,” katanya kepadaKeadilan Daily.“Lagi pun ‘bumi Allah’ sendiri adalah masjid. Dekat mana-mana pun boleh sembahyang bukan,” katanya, memberi alasan.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd Afendi yang dikenali sebagai kartunis Ronasina memaklumkan, Masjid Penjara Kajang adalah lokasi terbuka yang dibenarkan untuk orang awam.“Setiap minggu orang solat Jumaat. Pada malamnya, ada tazkirah yang dihadiri orang awam.

Sepatutnya tak masalahnya?” kata Ronasina.Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dalam reaksinya selepas dihalang, kesal dengan tindakan pegawai penjara yang sengaja mengambil langkah konfrontasi dengan peserta perkhemahan.

"Kalau satu orang makmun dan satu imam pun dikira sebagai berjemaah. Buat apa bina masjid besar-besar?” katanya.Semalam, Umar Mohamad, lulusan Diploma Keselamatan Industri yang kini menjalani latihan praktikal di Johor Bahru, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana dikatakan menghalang tugas penjawat awam. ~kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.