Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Analisis: Najib perlu menang 2/3 elak dilema
G MANIMARAN
2 Disember 2012
AGM Umno
IKRAR TAAT SETIA... Perwakilan bersama-sama melafazkan ikrar taat setia pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno, semalam. - Foto Bernama
 
ANALISIS - Dalam ucapan penggulungan setahun lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyentuh aspek keyakinan bahawa partinya akan memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen. Mana nada itu tidak didengar sepanjang setahun lalu kecuali kenyataan, pandangan dan keprihatinan untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun situasi yang berbeza disaksikan sekitar jam 7 petang semalam.


Selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, Najib melahirkan
keyakinan akan memperoleh majoriti dua pertiga dengan syarat tiada unsur sabotaj dalam parti. Parti yang dimaksudkan Umno. Umno salah satu komponen Barisan Nasional (BN). Maknanya, ia merangkumi komponen-komponen perikatan itu secara keseluruhan.

Hari ini, beliau memberi peringatan kepada komponen BN.


Seminggu sebelum Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin memberitahu bahawa BN akan memperoleh kerusi minimum 120 jika PRU diadakan sekarang.


Ia akan mengalami peningkatan apabila PRU13 dipanggil kemudian, katanya dengan merujuk kepada kajian beliau. PRU13 sudah jelas hanya akan diadakan tahun depan. Bukannya dalam tempoh 28 hari akan datang.


Seorang lagi penganalisis memberitahu bahawa kerusi selamat bagi BN bawah 100.


Melihat kepada pandangan-pandangan itu, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berpandangan BN pimpinan Najib perlu memperoleh majoriti dua pertiga untuk merekodkan "kemenangan moral."


"Najib kena menang besar. Jika tidak sukar bagi beliau, beliau perlu dua pertiga untuk kemenangan moral, lebih baik berbanding apa yang kita saksikan pada tahun 2008, masa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliau Sinar Harian Online menjelang Perhimpunan Agung Umno.


Najib seolah-olah sudah yakin akan sampai ke angka itu selepas melaksanakan program trasformasi ekonomi dan politik sejak 2009.


PRU 2008 menyaksikan BN yang memperoleh 140 kerusi manakala 82 jatuh ke tangan pembangkang.


Pandangan itu juga tidak diketepikan oleh Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.


Kata Ibrahim, "itu (menang dua pertiga kerusi Parlimen) KPI Najib."


"Saya melihat beliau hendak mencapai satu keputusan yang lebih baik berbanding ketika era Pak Lah. Saya rasa akan timbul satu harapan yang tinggi untuk memperoleh keputusan itu," kata beliau ketika dihubungi.


Di sebalik ucapan semalam, Najib memperlihatkan bahawa beliau yakin, tetapi sebenarnya beliau juga khuatir dan risau.


"Dalam ruang yang semakin sempit (menjelang PRU13), dan dalam keadaan pilihan raya umum ini sangat penting, saya rasa Najib perlu menyuntik keyakinan bahawa kita ada kemampuan untuk melakukan," kata Ibrahim lagi.


Jelas Ibrahim, Najib juga sedar bahawa beliau sudah tidak ada masa untuk hanya mengetengahkan masalah-masalah yang wujud di hadapan perwakilan Umno.


"Jadi, beliau menyuntik semangat dengan mengatakan boleh mencapai dua pertiga jika tiada sabotaj... ini suntikan semangat," katanya.


Berkongsi suasana persidangan dan perbahasan, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Najib terpaksa mengetengahkan soalan cepumas apabila perwakilan tidak melontarkan ketegasan bahawa pihaknya akan 'menghukum' jika ada mana-mana pihak mensabotaj parti.
 

"Pada pandangan saya, kemungkinan Datuk Seri Najib telah mengharapkan perwakilan akan menyampaikan satu mesej bahawa jika ada mana-mana pihak mensabotaj, mereka akan menghukum... misalnya mereka tidak akan mengundi dalam pemilihan parti.

"Dan, saya merasakan, apabila ini tidak ada, beliau terpaksa menimbulkan soalan cepumas," katanya yang melihat ia akan mengikat mereka  dalam melahirkan sokongan padu kepada parti meskipun tidak dipilih sebagai calon kelak.


Pertengahan tahun ini, Umno menubuhkan panel khas untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang sabotaj parti sebelum PRU13. Ia diketuai oleh pengerusi jawatankuasa disiplin.


Tahun lalu, ahli-ahli Umno berakhir dengan mengambil ikrar taat setia seperti yang ditekankan oleh Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Kali ini, Muhyiddin menggariskan tujuh rukun untuk menang pilihan raya.


Ia disusuli dengan aspek "sikit khuatir" yang dibangkitkan oleh Najib dan beliau mahu kekhuatiran itu diatasi dengan menjawab soalan cepumas - yang diberikan lima pilihan.


Beliau dan penyokongnya sedar bahawa beliau tidak boleh kembali ke Dewan Merdeka tahun dengan hanya kemenangan tipis.


Sebab itu beliau menyasarkan majoriti dua pertiga seperti disebutkan semalam.


Najib, yang juga Pengerusi BN memerlukan kemenangan moral untuk terus mengetuai perikatan 13 parti itu dan Umno dengan selesa, kukuh dan stabil. Jika tidak beliau dalam dilema.


Beliau mahu mengelakkan nasib dialami Pak Lah.




 
  • Abu Abup · Top Commenter · Orang melayu perlu hapuskan Umno - Tunku Abdul Rahman
    Najib perlu 2/3 sebab terlalu banyak skandal, terutama melibatkan negara luar. Jika BN tidak dapat 2/3 maka siasatan terhadap skandal-skandal ini akan diteruskan dan bakal menjatuhkan Najib dan mungkin juga Umno.

    Saya boleh promo, undilah PR. Tapi yang paling penting,JANGAN UNDI BN. Kalau anda tak suka dan tak mahu undi PR tak apa, tapi JANGAN UNDI BN. Ini kata-kata sasterawan negara, bukan Prof. kangkung ulung yang dapat title sebab bodek.
    • Razman Rashid · Top Commenter
      bancian online sinar pun BN dh kalah teruk tu. siap hilang wang pertaruhan lg....kah3

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.simplebisnes.com/wangmasuk
    • Naim Bassterra · Top Commenter · Ipoh, Perak
      mintak nyawa...mintak nyawa.....najib demam la jwb nya....takbir
  • Smart Tinta · Top Commenter · Collage of the Right Direction
    kita diperbodohkan. kalau betul apa yang di kata oleh profesor kangkong2 tu buat lah pilihan raya sekarang. sudah bertahun CAKAP boleh menang boleh menang boleh menang boleh menang boleh menang bla bla bla zzzzzzzzzzz last sekali UMNO BOLEH BENAM hehe.Amin amin
    • Jaqfar Selamat · Top Commenter
      In Shaa Allah kita dapat ketua pembangkang baru pas PRU 13 nti keh keh.....biar dia kempen cam na nak naikkan rega minyak pulak kah kah kah........hidup PR
  • Sangkakala Ajal · Top Commenter · Supervisor at Tanah Perkuburan
    TANDA2 KEJATUHAN UMNO KIAN TRASA.....HEHE....
    ACAI2 UMNO KENA KERJA KUAT....
  • Khaiha Norman · Works at Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    siapa yg ada mohon BR1M 1.0 dan peroleh rm500 pasti dapat surat dan sms dari UMNO/BN kan? biasanya ucapan perayaan lah..nampak tak? dengan maklumat yg kita isi dalam borang tu mereka tahu maklumat kita (alamat masakini,no. tel dan sebagainya)

    UMNO/BN seharusnya mematangkan diri dengan berlaku adil selaras dengan negara berdemokrasi bukan diktator! pembangkang akui tewas kesemua PRU di Malaysia dan sekiranya mereka menang PRU13 maknanya rakyat mahukan pemerintahan kerajaan yg baru (bukan lagi UMNO/BN)..dan UMNO/BN kenalah akui dan terima hakikat juga dan berusaha utk PRU14 pula. Tetapi yg menjadi kekhuatiran mereka adalah kerana kejahatan dan tipu daya yg mereka pernah lakukan semasa memerintah Malaysia itu yg ditakutkan. Bukan kehilangan kuasa yg ditakutkan tapi kebenaran atas perbuatan jahat mereka kan terbongkar sekiranya mereka tewas.
  • Abdul Rahim Taib · Top Commenter · Kuala Terengganu
    Dalam penganalisi seara semberono yang ditanya setiap 7 orang yang ditemu dalam beberapa negeri di kedai kopi, perhentian bas, masjid, hospital, sekolah, pejabat dan lain lain termasuk Melayu,Cina, India, termasuk ahli ahli UMNO, pegawai tinggi, ramai yang tidak berpihak pada UMNO/BN kerana hujah pembangkang dengan Fakta tidak dapat ditangkis malah hujah pemimpin UMNO/BN lawan dengan Salam dan Tolak Fitnah tanpa Fakta dan angka (facts and figures). Malah BRIM dan taburan wang ringgit di kata "ADA MAKNA DISEBALIK YANG DIBERI). Rakyat Malaysia termasuk orang melayu mengatakan ahli dan pemimpin DAP pun orang MALAYSIA, bayar cukai patuh pada perlembagaan dan tahu yang mana HALAL dan yang mana HARAM.
  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    Dulu takde pencabar...sekarang dah ada pencabar...tu yang gerun.

    Ingin mendapat duit lebih akibat ekonomi tak menentu , tetapi malu untuk berjumpa orang?Tiada masa?Jawapannya adalah STIFORP.Sistem terkini yang baru memasuki pasaran Malaysia , Indonesia dan Singapore.Peluang tinggi untuk mendapatkan kewangan yang diinginkan.Daftar untuk mendapat maklumat lanjut.Bakal menjadi BAHAN BUALAN...Jom TEAM UP dengan KAMI: http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar atau http://www.stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar (jika bersama group kami, dapat EXTRA Sistem p.o.w.e.r.)
  • Azi Nang · Top Commenter · Temerloh
    PM Najib mengaku telah adakan transformasi ekonomi dan politik tetapi yg nampak beri wang BR1M 1 & 2, juga bonos kpd kaki tangan awam sebagai sogokan kpd pengundi, juga beri wang kpd peneroka felda tetapi semua itu berbentuk one off.

    Persoalan penyelesaian masa depan tidak ada, di jangka selps PRU ke 13 nanti harga minyak akan dinaikkan, di turuti oleh harga tol, saman trafik dan lain2, wang menjadi semakin kecil, kehidupan menjadi semakin sukar tetapi itu semua tidak diambil peduli kerana PRU ke 14 lambat lagi...... Yg penting setiap Menteri memiliki simpanan didlm bank 200 juta keatas dan boleh dimakan utk 7 keturunan tak habis.

    Setlh hampir PRU ke 14, beri lagi BR1M 500 ringgit, rakyat undi lagi BN, sampai bila putaran begini akan dibiarkan berterusan .................. ingat Tuhan tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yg mengubahnya......
  • Warkah Sts · Top Commenter · Works at The Independent
    Umno tidak akan mendapat tempat dihati rakyat. Sebab pemimpin UMNO tidak berani istiharkan harta..sebagaimana pakatan rakyat ...contoh Pas, berani istiharkan harta. cam ne kata mereka bersih dari rasuah dan skandal...rakyat sangsi nak pilih Umno/Bn...Dgn itu pilihlah PR dah terbukti keikhlasannya.
  • Abd Hamid · Top Commenter · SMK Dato Lokman
    Masa pernimpunnan punaku tengok dah tak da modal,hanya laungan kosong.
  • Azarita Addam Abu Hurairah · Top Commenter · Intetbanker
    klu betul ckp prop tu , bubar aje la.....
    • AaCari Income · Vokasional
      www.Step2Rich.net/nak_income Anda semua di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Step2Rich.net kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat pendapatan tanpa batasan..
  • Mamat Junta · Top Commenter · OUM
    Yes...2-3 jib akan dapat...MMMMampusssssssssss UM NO...no...no ...no xmau dah...
  • Abdullah Shirazi · Top Commenter · International University of Africa.IUA
    pkl 7 bersidang lagi....pkl bape semayang magrib?
    • Azhar Arsad · Account Manager at EEK COM SDN BHD
      Hahaha... Soalan bagus tu. Terfikir gak tu. Nak kata semua musafir... Ramai gak org KL. Sampai dah azan maghrib tu masih blom habis lagi... Tak mencerminkan Islam langsung...
  • Qalam Iqra
    Apa perlunya 2/3 majoriti di parlimen ??? Sebenarnya banyak negara2 di dunia ini yg tidak mempunyai 2/3 majoriti di parlimen mereka tapi mereka masih boleh mentadbir kerajaan dgn cemerlang.Yg penting setiap apa yg dibuat atau akan dibuat oleh kerajaan mestilah dgn penuh kejujuran,keikhlasan dan bertanggung jawab.Negara maju sprt Jepun,United Kingdom dan banyak lagi negara2 Eropah yg tidak mempunyai 2/3 majority tetapi pentadbiran kerajaannya mantap.
    Kita juga harus menghala kpd budaya pemerintahan beretika yg mana parti pemerintah dan parti pembangkang mestilah menyokong mana2 undang2 yg baik untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik.
    Politik hanya lah cara untuk mencapai cita2 memerintah.Setelah dipilih oleh rakyat maka setiap parti2 haruslah menghormati parti yg menang dan membentuk kerajaan.
    Kedua2 pemerintah dan pembangkang mestilah bersepakat membangun negara.Yg penting rakyat menadapat faedah bukan org politik sahaja yg mendapat faedahnya.....Semoga negara kita akan mencapai tahap politik matang....
  • Jari Kelingking · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    YG menjadi masalah ialah Parti Gerakan dan MCA.Kedua-dua Parti ini sebenarnye bersekongkol dgn DAP.Di dlm BN Gerakan dan MCA adalah Gunting Dalam Lipatan,mana kala DAP pula Jarum Karat Yg sanggup Buat Ape sahaja.Matlam 3 Parti Cina ini adalah sama tetapi jalannye berbeda.Klo orang Melayu Tidakdapat berfikiran seperti Orang Cina(MCA,DAP dan Gerakan)maka hilanglah KUASA PEMERINTAHAN yg abadi.Maka menangislah anak kecil,bile tinggal di negara sendiri dipnggirkan,tiada hak,tiada tempat.Ini semua kesalahan Pemimpin2 UMNO sendiri,lupe daratan,lupe tanggongjawab yg Allah telah kurniakan kpd orang2 Melayu.Diperlmen MP Melayu tinggal berape Kerat je.Ni lah akibatnye Meninggalkan Islam.Ambil Islam separuh-separuh.Allah Sentiasa Menduge setelah diberi kejayaan.Maka Lupelah orang yg telah diberi kuasa.
  • Rosmaiza Daud · Top Commenter
    TUKAR KERAJAAN RAKYAT SEJAHTERA MACAM ORANG JEPUN SELALU TUKAR KERAJAAN YANG UNTUNG RAKYAT
  • Ibrahim Khalil · Tampere University of Technology
    BN nak dapatkan 2/3??? Lawak apaa??? hahahaaa.
  • Neo Comot · Top Commenter · Grown Pilot at Urgly iron sdn,bhd seremban
    najip tergugat dlm parti sendiri......
  • Ezzham Hamzah · Top Commenter
    Kalau suka sangat undi BN bermakna kamu semua( memang anak syaitan yang suka maksiat)
    penyokong UMNO tidak menggunakan akal yang Allah kurniakan kepada kamu selama hidup kamu.
    Prof sebenarnya cari makan dan Prof memang tahu BN akan tersungkur pru 13 ini kecuali penipuan yang dirancang oleh mereka berjaya.Sebenarnya penipuan mereka tidak mendapat kerjasama Polis dan lain lain agensi kerana mereka sudah takut dengan Allah bukan dengan manusia(syaitan bertopeng manusia).
  • Bee End · Top Commenter
    ANLISIS YANG MEMANG MERUNCING TERHADAP UMNO BN MAKIN MERUNDUM...
  • Hakam Adli · Top Commenter · UKM
    jgn harap lah najib nk dok di kerusi empok lg, saban hari ada2 sj bks pegawai kanan kjaan serah borang masuk pas...isu ini xda sikit pun dlm berita online @ cetak mereka, bkn p'amal media mrk x bca brita semasa online p'bangkang...tutup isu kalau buka demam la puak2 umno ni........
  • Amansoleh Rina · Top Commenter · Works at Freelancer
    jib, isah lupa. Proses pilihanraya ini hanyalah proses pengiraan kertas undi. Hanya melibatkan rakyat Malaysia yang 21 tahun ke atas. Kemudian, kena wajib mendaftar pula tu. Memang mudah jib, perkudakan sepenuhnya SPR dan JPN. Dari pandangan peribadi saya, kerajaan sedia ada TIDAK MUNGKIN akan tumbang dengan PROSES PILIHANRAYA. Cuma mungkin najib dan muhyidin akan ke laut kerana Mahathirisme kembali BERKUASA melalui penampilan eksklusif Deepak*altantuya dan xIGPmusa tatkala PWTC meeting. Percayalah, jika PilihanRaya boleh mengubah apa-apa, sudah lama PilihanRaya akan ditiadakan. Untuk menumbangkan kerajaan sedia ada, hanya ada SATU cara...
  • Hamzah Mohammad · Top Commenter · University of Malaya
    Nak menang parlimen dgn majoriti lebih tuk memperkuatkan kedudukan dalam parti sendiri. Klu tidak, saki baki kem Pak Lah akan ketawakan Najib, Muhyidin dan Dr M. Kem Muhyidin & Dr M akan mudah ambilalih. Klu tuk politik negara, tak perlu majoriti 2/3 melainkan bagi memudahkan Umno terus merembat kekayaan negara. Untuk negara, lebih baik Umno kalah atau menang dgn majoriti mudah. Ada 'check' dan 'balance'.
  • Muhd Norizam Jamian · Top Commenter · University of Malaya
    Najib kena menang 2/3 utk menjamin kedudukan dia sebagai Presiden UMNO & PM. Kalau gagal, nasibnya akan sama macam Pak Lah. Akan timbul desakan agar Najib letak jawatan. Silap2 kalah masa pemlihan agung UMNO nanti...
  • Amansoleh Rina · Top Commenter · Works at Freelancer
    secara jujur, jika awak ingin menang jib, tidaklah terlalu susah. Perkudakan sepenuhnya SPR dan JPN. Dapat ngam-ngam 2/3 pun ok. Asalkan jangan menang dengan simple majority.
  • Long Ok · Top Commenter
    umno/bn tiada harapan lagi kerana tiada apa2 perubahan ke arah kebaikan melainkan tekanan demi tekanan kos sara hidup,perintah Allah jauh sekali nak dipatuhi
  • Ranimat Mat · Top Commenter · UITM
    masing-masing naktunjuk bakat berpidato... mudah-mudahan terpileh jai calun.
  • Kohbeng Banjar Pattani · Prince of Songkla University
    heh kalau rakya beri kemenangan 2/3 nanyalah kena tipu...
  • AaCari Income · Vokasional
    www.Step2Rich.net/nak_income Anda semua di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Step2Rich.net kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat pendapatan tanpa batasan..
  • Martopo Sairan · Top Commenter · Malaya
    Najib akan pastikan BR2M RM500 ,bayaran Khas RM1000 kepada bekas askar yang tak berpencen,bantuan RM100 untuk anak sekolah selesai...nanti musim bayar semua tu akan diberikan oleh para wakil rakyat UMNOBN...katanya inilah wang UMNOBN utk rakyat...poodahhhhh....UMNOBN ni kalau kalah...tak tahulah macam mana nak hidup...sbb selama ni hidup dengan membalun wang rakyat.....
  • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
    jawab dakwaan deepak dan bala rakyat nak tahu. najib bukan lagi pilihan rakyat malaysia sebagai perdana menteri malaysia. dgn indeks rasuah yg meningkat dan hutang mencecah 520 billion yg kelak ingin diserap melalui peningkatan cukai kepada rakyat. sdg pemimpin bn hidup senang lenang dgn agenda memonopoli ekonomi negara utk kepentingan peribadi keluarga dan kroni.
  • Jomiklan.My
    Portal Pengiklanan Jual/Beli,Pemborong,Pembekal,Forum Bisnes & Peluang Bisnes Terbaik Di Malaysia www.jomiklan.my

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.