Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Anwar: Pembahagian kerusi PR 90% selesai
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
20 Disember 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
PETALING JAYA - Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai lebih 90 peratus, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia memang sedang berlangsung.  Selangor umpamanya selesai, Pulau Pinang satu (kerusi), Kedah satu (kerusi), Perlis satu (kerusi) setakat yang saya diberi maklum, Perak dua (kerusi), jadi maknanya 90 peratus sudah selesai.

"Kalau selesai semua tak ada kerja pula Majlis Perunding," kata Anwar berseloroh pada sidang media mingguan PKR, di sini, hari ini.

Sementara itu ditanya berhubung permintaan DAP untuk menambah bilangan kerusi, Anwar berkata, perkara itu belum sampai secara rasmi kepada beliau.

Bagaimanapun katanya, tradisi dalam Pakatan Rakyat membenarkan permintaan seperti itu dan ia akan dibincangkan.

"Kalau minta melebihi munasabah tak boleh diterima, tapi ia dibenarkan," kata Anwar.

"Pas, PKR dan DAP minta beberapa kawasan. Kebetulan kenyataan dari DAP. PKR begitu, Pas juga begitu. Dalam perbincangan di  kawasan yang dianggap punya keupayaan menang lebih baik
baik," tambah beliau.

Menurut Anwar, kaedah pembahagian kerusi Pakatan Rakyat adalah berasaskan pilihan raya umum yang lalu.

"Kita guna dasar 2008 kemudian ditambah, dikurang dan ditukar," jelasnya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam konvensyen parti itu  baru-baru ini meminta kerusi tambahan untuk DAP dan pihaknya akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan serta mempunyai peluang cerah untuk menang PRU13.

Beliau berkata, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.