Dr M campurtangan siasatan polis dalam skandal seks Anwar, dakwa bekas polis
December 17, 2012
KUALA LUMPUR, Dis 17 — Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar)
mengakui dalam memoirnya beliau mencampuri urusan penyiasatan pihak
berkuasa dalam skandal seks yang dikaitkan dengan bekas timbalannya,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa seorang bekas pegawai polis hari ini.
Melalui
surat terbukanya, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala
Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan keputusan Menteri Dalam
Negeri Datuk Hishammuddin Hussein untuk mengelak daripada pertelagahan
antara dua bekas pegawai tinggi polis — Tan Sri Musa Hassan dan Datuk
Ramli Yusuff — yang dilihat akan mewujudkan kebimbangan rakyat dinegara
ini terhadap pasukan polis.
“Jika didedahkan bahawa Tun Mahathir sendiri sama ada secara sengaja
atau tidak, telah membuat pengakuan secara bertulis, bahawa memang benar
beliau telah campur tangan dalam penyiasatan polis berkaitan Buku 50 Dalil,
apakah pula respon Hishammuddin atau Perdana Menteri?” kata Mat Zin
dalam surat terbukanya yang turut diberikan kepada Ketua Polis Negara,
Tan Sri Ismail Omar, Hishammuddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
“Diharapkan Hishammuddin tidak akan menyatakan pula, bahawa perkara
itu adalah urusan peribadi antara Tun Mahathir dan Musa Hassan dan
beliau enggan campurtangan juga,” tambahnya.
Jelas pegawai polis yang telah bersara itu, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir dalam memoir-memoir beliau, A Doctor in the House dan terjemahannya dalam Doktor Umum yang menjelaskan peranan beliau ketika penyiasatan polis berkaitan Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri
sedang berjalan,adalah bukti jelas bahawa bukan sahaja beliau campur
tangan dalam penyiasatan skandal seks timbalannya dengan beberapa lelaki
dan wanita, termasuk pelacur.
“Tun Mahathir sendiri yang mendedahkan seolah beliau mempunyai
kawalan keatas penyiasatan kes tersebut dan keatas saksi-saksi terlibat.
Beliau dengan yakin memberi jaminan akan mengarahkan polis untuk
membawa saksi-saksi tersebut ke-Sri Perdana sekali lagi, sekiranya Ketua
Menteri dan Menteri Besar serta Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ingin
menemuduga mereka pula.
Perdana menteri keempat itu menulis beliau pertama kali diberitahu
tentang dakwaan homoseksual Anwar pada awal 1990an, oleh ketua polis
ketika itu, Tun Hanif Omar.
Dr Mahathir, yang memerintah sejak 1981 hingga 2003 berkata beliau diberikan buku 50 Dalil Kenapa Anwar IBrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri, namun kemudiannya menolak perkara itu sebagai sensationalis untuk mendapatkan wang.
Katanya, pada 1997, Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden
PKR, Azmin Ali, telah menghantar surat dengan dakwaan tepat kes liwat
Anwar.
Bekas perdana menteri itu juga turut berkata, beliau telah menemubual
gadis yang dikatakan di bawa untuk melakukan seks dengan timbalannya,
yang kemudiannya didakwa dan dipenjarakan atas kesalahan liwat dan
rasuah.
Dr Mahathir menulis mereka dipujuk untuk melakukan sedemikian oleh
seorang lelaki India yang dikenali sebagai Nalla, dipercayai Datuk KS
Nallakarupan, yang merupakan rakan karib Anwar.
Dr Mahathir kemudian berkata beliau memanggil pemimpin Umno termasuk
menteri besar dan ketua menteri ke Sri Perdana untuk memberi penerangan
terhadap dakwaan skandal Anwar dan menunjukkan mereka bukti gambar dam
saksi.
Jelas Mat Zin, Dr Mahathir sendiri yang mendedahkan seolah “beliau
mempunyai kawalan keatas penyiasatan kes tersebut dan keatas saksi-saksi
terlibat, malah turut memberikan arahan yang tidak sepatutnya kepada
Musa Hassan, sehingga ia dipercayai mempengaruhi keseluruhan
penyiasatan.”
Beliau berkata bekas IGP Musa seharusnya “membantah dan menghalang
Tun Mahathir memberikan akses kepada saksi dan pelacur ... kerana Tun
Mahathir mempunyai kepentingan peribadi daripada hasil penyiasatan buku
50 Dalil, dan sebagai Presiden Umno, menteri dalam negeri, dan
kemudiannya perdana menteri.
Anwar kemudiannya didapati bersalah melakukan rasuah pada 1999 dan liwat tahun berikutnya.
Beliau kemudiannya dipenjara enam tahun sebelum Mahkamah Persekutuan menukar pendakwaan kepada liwat.
Empat tahun kemudian, beliau mengetuai pakatan pembangkang
memperolehi kemenangan ketika pilihan raya umum 2008, menafikan dua
pertiga Barisan Nasional (BN) dan merampas lima negeri.
Anwar yang kemudiannya didakwa kali kedua untuk kes liwat dalam
karier politiknya awal tahun ini, hampir tiga tahun selepas pembantunya
Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa menjadi mangsa ahli Parlimen
Permatang Pauh itu.
Mat Zain, merupakan pegawai penyiasat ketika insidem “mata lebam”
Anwar ketika Liwat I, sering memperkatakan wujudnya campurtangan
daripada badan eksekutif tanah air kerajaan dalam operasi pihak polis,
termasuk IGP, dan Peguam Negara.
0 orang berkata:
Post a Comment