Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
JPJ ada cara lain jika Pulau Pinang tolak AES

6 Disember 2012
AES
Sistem AES
BUTTERWORTH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai mekanisme lain untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Pulau Pinang jika kerajaan negeri terus menolak pemasangan kamera terbabit.
  
Pengarah JPJ Pulau Pinang Datuk Hassan Yaccob berkata bagaimanapun JPJ akan terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai AES kepada kerajaan negeri.
  
"Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan dijangka memberi penerangan berkenaan dan kita sedang menunggu bila kerajaan negeri akan panggil.
  
"Jika selepas penerangan dan perbincangan kerajaan negeri tetap menolak pelaksanaan berkenaan, kita akan guna mekanisme lain dan perkara itu akan di umum Datuk Solah," katanya kepada pemberita selepas  taklimat AES, di sini hari ini.
  
Baru-baru ini, akhbar melaporkan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak  mahu kamera AES dipasang di negeri itu dan akan menanggalkannya jika peralatan berkenaan dipasang.

Sementara itu, Hassan berkata JPJ mengenal pasti 57 lokasi berisiko kemalangan di Pulau Pinang bagi tujuan pemasangan kamera AES dan kebanyakan lokasi membabitkan kemalangan maut.

  
Daripada jumlah itu, 39 kamera akan dipasang di jalan utama sekitar negeri bagi mengesan kesalahan membabitkan had laju, manakala 18 lagi akan dipasang di persimpangan lampu isyarat, katanya.
  
"Antara jalan-jalan yang terlibat ialah Tun Sardon, Jalan Baru  Perai, Jambatan Pulau Pinang, Jalan Tanjung Bungah, Bagan Ajam, Permatang  Pauh, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Penang," katanya.
  
Setakat ini kamera AES belum dipasang di negeri ini, kata Hassan. - Bernama

  

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.