Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, December 10

Pendedahan Musa Hassan, apa kata Peguam Hanipa Maidin

Hishamuddin, Musa Hassan sama-sama bersalah

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Hussein terlibat dalam memberi arahan kepada pegawai-pegawai polis yang lebih rendah daripadanya dan pegawai polis di peringkat daerah.

Musa menyatakan beliau telah menegur tindakan Hishamudin tersebut dengan menarik perhatian kepada Seksyen 4 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan bahawa kuasa memberi arahan kepada pihak polis hanya diberikan kepada KPN.


Bagi PAS dan penyokong Pakatan Rakyat yang seringkali menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman pihak berkuasa, khususnya pihak polis, sudah lama merasakan kerakusan dan kezaliman polis tersebut hasil restu Umno dan pemimpin tinggi parti tersebut. Pendedahan Musa membenarkan tanggapan Pakatan selama ini - polis adalah ejen Umno!

Polis telah disalahgunakan oleh Umno melalui Hishamuddin. Jika apa yang dilakukan Hishamuddin di era Musa KPN logiknya hal sama terus berlaku sehingga kini iaitu di bawah KPN sedia ada.


Pendedahan Musa meyakinkan kita bahawa tiga perhimpunan Bersih di ibu kota sebelum ini menunjukkan bahawa Hishamuddin adalah "culprit" sebenar ke atas segala kezaliman pihak polis ke atas rakyat.


Pendedahan Musa wajib disiasat. Berdasarkan undang-undang, siasatan hendaklah dilakukan pihak polis. Persoalannya, bagaimanakah pihak polis yang menerima arahan Hishamuddin berupaya untuk menyiasat Hishamudin secara telus tanpa gentar dan memihak (without fear and favour) .


Apa yang berlaku ini samalah seperti kata pepatah Arab, "penjaga kambing menjaga kambing agar tidak dimakan oleh serigala, bagaimana pula jika yang menjadi penjaga kambing itu sendiri adalah serigala!”


Pilihan terbaik dalam hal ini adalah Hishamudin yang manjadi sasaran siasatan sewajarnya sama ada digantung tugasnya atau diminta bercuti atau meletakkan jawatannya. Mengambil kira jawatan menteri adalah satu tugas yang melibatkan urusan penting maka peletakan jawatan adalah opsyen terbaik bagi Hishamudin.


Saya tidak rasa Dato' Seri Najib Razak berani memecat Hishamuddin. Jika Hishamuddin dipecat sudah tentu orang Umno sendiri akan berkata, kenapakah Najib sendiri tidak dipecat atau meletakkan jawatan apabila "Skandal Deepak" juga dicemari oleh jenayah salah guna kuasa. Inilah masalah besar Umno. Wujudkan mana-mana pemimpin Umno yang benar-benar bersih atau dilihat sebagai
bersih?

Berdasarkan pendedahan Musa, jelas wujud satu salah guna kuasa, maka kertas sisatan wajar dibuka bagi menyiasat dakwaan Musa itu. Musa adalah mantan KPN, maka sudah tentu beliau mempunyai maklumat yang terperinci berkaitan penglibatan Hishamucdin.


Satu perkara yang mungkin tidak disedari Musa adalah jika benar beliau sudah mengetahui apa yang Hishamudian lakukan bercanggah dengan undang-undang, maka beliau juga sepatutnya tidak mendiamkan diri selama ini tanpa membuat laporan polis. Tindakan beliau yang hanya mendedahkan salah guna kuasa Hishamuddin setelah beberapa tahun persaraan beliau boleh disifatkan sebagai merestui tindakan Hishamudin. Di sinilah pentingnya satu siasatan dilakukan secara telus.


Mengambil kira agak sukar untuk pihak polis menyiasat kes ini dengan telus, tanpa gentar dan memihak, adalah lebih baik satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Musa itu.


Pendedahan Musa mempunya kesan yang amat serius. Jika fenomena ini tidak dihentikan ia akan terus memburukkan imej polis dari imejnya yang sedia buruk. Tidak guna slogan-slogan diperkenalkan pihak polis jika ia dengan mudah mengikut telunjuk pihak seperti Hishamddin dalam menjalankan tugas mereka.


Dalam mana-mana negara sekalipun pasukan polis mestilah di atas politik (above the politics). Institusi polis hanya berupaya menjalankan tugas meraka jika ia adalah satu institusi yang bebas dan profesional dalam melaksankan tugas dan tanggungjawabnya.


Tindakan Hishamuddin sepertimana dakwaan Musa mengakibatkan kebebasan dan profesionalisme polis dengan mudah dikompromi. Hari di mana pihak polis tidak lagi bebas dan profesional dalam menjalankan tugasnya adalah hari berlakunya kemusnahan
integriti polis.

Siapakah lagi yang berupaya menghancurkan institusi polis dan institusi-institusi lain di negara ini jika bukan Umno dan BN. Menghancurkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang adalah satu kemestian jika rakyat dah generasi akan datang tidak mahu melihat negara ini hancur!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.