Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib: DAP tidak wakili 'middle Malaysia'

16 Disember 2012
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
 
SANDAKAN - DAP tidak mewakili 'middle Malaysia' atau semangat perpaduan semua kaum di Malaysia apabila semua pemimpin Melayu DAP tidak memperoleh cukup undi untuk duduk dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada kongres parti pembangkang itu semalam.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara seperti itu tidak akan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pendekatan adil kepada semua kaum di Malaysia dan mempunyai hala tuju jelas untuk negara.
  
"Kita juga menyaksikan DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua," katanya.
  
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.
  
Najib menyeru rakyat agar terus menyokong BN yang mengamalkan perpaduan di bawah konsep 1Malaysia dan ini juga dibuktikan dalam barisan Kabinetnya.

"Malaysia berada dalam perkongsian baik dikenali sebagai Barisan Nasional. Percayalah, kami (Malaysia di bawah kerajaan BN) akan berusaha keras, ekonomi kita akan meningkat dan pelabur akan lebih yakin," katanya.
  
Perdana Menteri juga berkata kerajaan BN akan terus menyalurkan bantuan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan perniagaan untuk membolehkan negara terus makmur.
  
Sementara itu, Najib berkata BN amat serius dan jujur dalam menunaikan janjinya kepada rakyat tidak sepertimana sesetengah pemimpin seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Katanya semasa Anwar sekejap menjadi pemangku perdana menteri pada 1997, bekas timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mempunyai banyak peluang untuk membuktikan kewibawaannya, tetapi telah mengambil jalan mudah dengan membiarkan Tabung Matawang Antarabangsa mengawal Malaysia semasa krisis ekonomi pada tahun itu.
  
"Beliau (Anwar) tidak melindungi kedaulatan negara...Beliau tidak pernah bertanya pada dirinya sendiri kenapa beliau tidak layak menjadi perdana menteri," katanya.
 
Najib juga meminta rakyat untuk tidak mempertaruhkan masa depan Malaysia di bawah pakatan pembangkang.
  
Beliau berkata pakatan parti-parti pembangkang tidak mempunyai ideologi bersama dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas mengenai masa depan negara.
  
"Malahan pemimpin mereka Anwar (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang saling bersaing untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
  
"Kita (negara) tidak boleh mempunyai (ditadbir) satu pakatan yang asasnya pincang," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.