Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib mahu mandat kuat lengkap misi akhir
Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia di PWTC. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memerlukan mandat yang kuat untuk menyempurnakan tugas beliau sebagi perdana menteri, dan memerlukan sokongan menjangkaui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan sebelum akhir Jun depan.

Malah, beliau yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menekankan bahawa beliau memerlukan mandat besar daripada rakyat jika mahu melakukan pembaharuan ke atas perikatan 13 parti komponen itu.


"Jika saya mahu melakukan pembaharuan ke atas parti, saya memerlukan mandat daripada rakyat.


"Tanpa mandat daripada rakyat, macam mana saya boleh melakukan pembaharuan ke atas parti?" kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama The Malay Mail sempena edaran sejuta naskhah yang dikeluarkan hari ini.


Akhbar paling lama di negara ini itu mengedarkan sejuta naskhah secara percuma hari ini, dengan membawa temu bual khas bersama Najib di muka depan.


Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam awal 2009 susulan pilihan raya umum 2008 berkata, "kami telah memulakan perubahan, tetapi proses perubahan perlu dipertingkatkan."

"... ia seharusnya dalam bentuk yang disepadukan sebagai sebahagian imej politik kami Umno dan Barisan Nasional.

"Bagi saya menyempurnakan kerja saya, tanggungjawab saya, saya mahukan satu mandat yang kuat daripada rakyat," kata beliau menjawab soalan "bagaimana beliau akan memujuk pengundi-pengundi khususnya di kawasan bandar BN adalah parti yang baru dan sudah berubah, selepas anda memperoleh mandat."


Beliau seterusnya berkata, "dengan mandat yang kuat daripada rakyat, saya boleh kata, 'tengok, rakyat telah bercakap, mereka yakin dengan polisi-polisi yang saya laungkan, dan oleh itu, polisi-polisi itu perlu dilaksanakan, dan Umno dan BN harus menggambarkan polisi-polisi yang disokong oleh rakyat."


"Bagi saya itu adalah bahagian terakhir perjalanan.


"Dengan mandat ini, saya tahu rakyat percaya dengan polisi-polisi saya dan BN sendiri akan melalui pembaharuan secara total di peringkat akhir untuk mencerminkan kehendak dan aspirasi rakyat," kata Najib yang minggu lalu menyempurnakan Perhimpunan Agung Umno.


Temu bual ini diadakan selepas berakhir perhimpunan tahunan itu.


Dalam ucapan dasarnya, Najib berkata, pilihan raya umum empat tahun merupakan pengalaman yang "sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan BN."


Kata beliau, seharusnya Umno sebagai sebuah parti yang menunjang Kerajaan Persekutuan lebih separuh abad, episod hitam 2008 sepatutnya memahatkan iktibat kepada "kita semua."


"Malah, ia merupakan isyarat jelas rakyat Malaysia kepada Umno dan rakan-rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat," katanya.

 
  • Mona Fendi · Top Commenter
    jika umno/bn dpt mandat 2/3 pd pru nanti mereka berani melakukan apa saja tnpa segan silu dn malu menaikkan segala cukai GST, mereka anak berank besarkan tembolok tp rakyat merempat di negara sndiri, sepatut ny rakyat mlysia bersykur sbb umno/bn hilang majoriti 2/3 menyebabkan mereka takut pd rakyat dn mengikut segala kemahuan rakyat
    • Nasi Siru · Top Commenter
      adakah pr tiak melakukannya? apa jaminan mereka akan lebih baik. tengom saja perangai dap di pulau pinang dan selangor
    • Kitakan Geng · Top Commenter · UiTM Shah Alam
      kakjib berucap sambil disaksikan oleh suaminya bangmah...kalau kalah bangmah tak leh lagi jadi lelaki pertama 1malaysia...
    • DzulSharif Dzul · Top Commenter · Works at Kuli-kuli sahaja
      Kitakan Geng Jangan tertipu lah dgn Najib...dulu masa PRU 2004 Pak Lah menang besar, tengok apa yg Pak Lah buat..mula2 memang lah kelihatan dia mcm malaikat...lama kelamaan Pak Lah naikkan minyak mencacak sampai RM2.80 sen seliter...mengelupur rakyat masa tu, Pak Lah kata dia mendapat mandat besar dr rakyat, suka hati dia lah..

      Ini pun akan berlaku sama jugak jika Najib diberi mandat besar..teruk kita nanti...olh itu sesebuah negara yg mendapat mandat besar, rakyat akan menjadi mangsa...rakyat akan dikenakan pelbagai cukai dan kenaikan kos menggila....umno/bn dan kroni bertambah mewah dan kaya....
  • Sarveswaran Anthoniaflora · SM ST.MARKS
    Kali ini Bn patut di beri mandat sepenuh kerana ia bukan Tun Mahathir dan Tun abdullah.. mrk punya org mungkin perompak tapi dengan melihat dasar DS Najib org 2 BN semua kelihatan runsing.. Org Atasan spt DS tidak dapat menemui kita semua.. so dia punya kuncu la berdepan dgn kita.. tapi org tu semua pentingkan diri sendiri , mengapa salah kan DS. kalau PR menang boleh ka Anwar turun padang Jumpa kita semua tanpa orangnya terus? so skrg yang problem ialah orang suruhan DS iaitu Division Chaiman dan State Chairman... Gantikan mereka then everything will be OK...
  • Saipon Anuar Othman · Top Commenter · Sek.men.tunku sulong
    komen tadi dah hilang...lagi sekali..kalau umno kalah habislah rakyat kena tikam...ko umno bn aaminnn..
    lepas ni mesti tak boleh komen berita ni...gerenti punya sebab sinar pun lebihkurang kena cucuk hidung jugak
  • Panduanweb Pro · Top Commenter
    Video Anwar Deepak kantoi.. => http://tinyurl.com/AnwarTerCirit
  • A'an Shaff · Top Commenter
    Insya-Allah BN akan diberi amanah sekali lagi, kerana majoriti rakyat belum hilang akal lagi untuk membenarkan negara ini dipimpin oleh seorang yang tidak bermoral zahir & batin...kepada puak2 pembangang TAHNIAH "in advance" kerana berjaya mengekalkan prestasi cemerlang sebagai pembangang paling TEPU dalam dunia....
  • Mohd Yazan · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Lebih 50 tahun dah over.. MANDAT apa lagi dah?
    Masih tak puas2 mak menipu dan merompak harta negara? Sudah2lah jgn rosakan negara!
  • Khairulanuar Abd Rahman · Top Commenter · Universiti Malaysia Sabah
    Minta mandat rakyat utk terus merompak dan menindas rakyat!!!
  • Saipon Anuar Othman · Top Commenter · Sek.men.tunku sulong
    mandat..bullshit...man*at bolehlah umno..ptuihhh
  • Khaizan Ahmad · Top Commenter
    Bila berbicara PR semuanya mereka nak robohkan dan hancurkan. Di Penang Rumah2 Melayu diroboh dihancurkan, Punca rezeki seperti gerai melayu diroboh oleh melayu PR bawah arahan DAP baik, penang,kedah mahupun selangor.

    Anehnya PAS tak sanggup robohkan rumah urut, pelancuran,perjudiaan,kedai arak berleluasa, hiburan berleluasa. malangnya cakap perjuangan islam mereka jaguh berapi-rapi, melalak melolong tak kira tempat..atas jalan, padang mahupun rumah ibadah Tuhan...xcukup kefirin dajak melolong dalam rumah Allah.

    Hero paling berani mengkafirkan sesama islam, maki hamun golongan islam, menduakan bala atas sesama islam.

    Lihat fizikal teramat alim dengan serban, janggut, jubah, tasbih tetapi fizikal mereka teramat zalim,perangai melolong, melalak mengalah kekafirin. Sesama islam dimaki hamun, diterajang tetapi sesama kekafirin harbi dipeluk cium. Mana jaguh dan hero PAS, ustaz dan jaguh berteriak untuk berjuang menegakkan islam??

    Kata musuh islam OKU..langkah mayatnya jika nak lakasanakan hukum islam???? mana hilang jaguh2 ini kecut macam semalu...alangkan hebatnya yang dikatakan xislamik iaitu Islam UMNO sahut seruan dan menentang....

    Kita kini boleh lihat siapa dan parti mana bertopeng dan peralat perkataan agama islam...
    • Nurliza Abdullah · Top Commenter
      SBB UMNGOK BODOH.
    • AaMy Bisnes · Giat mara
      www.Step2Rich.net/nak_income Budak sekolah pun boleh join. Anda semua di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Step2Rich.net kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat pendapatan tanpa batasan..bakal ke indonesia tak lama lagi tempah posisi anda sekarang. sudah boleh taja rakyat indonesia menggunakan PAY PAL COMPANY..Daftar Percuma
  • Kamaal Lan · Top Commenter
    ne apa cerita... selama ni 55 tahun kau buat apa, baru skarang cakap nk mandat baru. cape yg nk pcaya. dulu kau leka, kalau sebut je BN, letak tunggul buruk pn jadi calun memang menang, tapi sekarang apa macam, BN letak orang bpelajaran tinggi pn belum tentu menang, sebab rakyaat dah tahu temberasng BN.
    • Khaizan Ahmad · Top Commenter
      Apa nak kamu selindung lagi paling nyata lihat bagaimana dan terang suluh lagi nyata pembohongan kamu jelas nyata...Insyaallah PRU13 BN akan melangah gagah bukannya retorik tapi bukti dan retatan yang nyata cuma egen yahudi dan musuh islam yang kuat puji saudara dan meniyakan kata2 saudara.

      Buktinya kita lihat pemimpin saudara pun sudah kecut perutnya

      Jika doa lebai-lebai Pas berbunyi "Ya Allah, hancurkan UmnoBN, musnahkan UmnoBN, KO Umno, Umno KO"

      Mana letaknya Islam itu Addin.

      Kita lihat kekuatan Islam dibawah UMNO

      Doa yang bergema di PWTC pula bermohon "Ya Allah, Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah... seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah... di utara, selatan, timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam Ya Allah.

      "Peliharalah negara kami Ya Allah... peliharalah pimpinan-pimpinan...See More
    • Ibnu Adam Alam · Top Commenter
      KO TAK PERCAYA?? AKU PERCAYA APA... KANTOI LE PEMBANGANG PRU 13 KALI NI..
  • Nurul Izzati · Top Commenter · Works at Student
    nak mandat utk kerajaan kroni? no.. no kami mahu kerajaan rakyat, kerajaan yg berkhidmat utk rakyat, lepas PRU12 kami dh beri 4 tahun utk berubah, tp pemimpin UMNO lebih selesa dengan baju kot mereka, berkereta mewah lagak sang raja, sedang rakyat melukut di tepi gantang, kais pagi makan pagi?? Najib you should be shame yourself.
    • Khaizan Ahmad · Top Commenter
      Kamu xbagi saya akan bagi kerana yang baik itu dari Allah dan jahat itu terangan sekutu PAS,PKR dan DAP......kita lihat orang PAS juga dapat nikmat perjuangan UMNO contohnya saudari ini... Kerajaan Kelantan apakah pemimpin PAS berjalan kaki dan naik unta... mereka berkereta mewag bukan saja harta tetapi juga isteri.
  • Ibnu Adam Alam · Top Commenter
    KAMI TETAP UNDI UMNO/BN!!!! BERJASA KEPADA RAKYAT SEJAK SEBELUM MERDEKA LAGI.. PEDULI APA AKU DGN PEMBANGKANG!! LANGSUNG TAKDE JASA KEPADA RAKYAT!! MENYUSAHKAN RAKYAT ADALAH, HAMPIR TAK TERKIRA!!
  • словоз азланов · Top Commenter
    Dah saat akhir nak mandat pebendanya....ngucap je bertaubat banyak banyak....
  • Malim Mikraj · Top Commenter
    sudah lah tu..umun kan aje pru 13...berapa mandat dah di bagi...kali ni giliran pr pula lah...
  • Ku Lihat Hijau · Top Commenter
    MANDAT BERAKHIR HINGGA JUN TAHUN DEPAN ??? HAHAHAHA....
  • MIs Ser · Top Commenter · Politeknik kota bharu
    hahaha lawak,nk mandat?nk berdebat pun takut,,/
  • Nurul Izzati · Top Commenter · Works at Student
    eh kenapa komen td hilang? ckp telur pun kena delete ke.. huhu..
  • Mohd Asri Ismail · Top Commenter · SPVM
    NAMPAK MACAM TAK ADA SOKONGAN UMNO BN
  • Shillo Sonia
    nak mandat? oh no! it isn't..
  • Zuhairy Jb · Top Commenter · SMK Rosli Dhoby, Sibu
    Setahu saya selepas BN mendapat mandat yang kuat pemimpinnya mudah lupa diri, sombong,bongkak,tamak harta, nak turun padangpun susah.... jadi adalah lebih baik tukar mandat ini kepada PR....
  • Syukri Amri · Top Commenter · Murabitun at NGo
    PM PERLU BEREHAT DULU. RAKYAT DAH NAK TUKAR PM BARU. IKUT SAJA KEHENDAK RAKYAT. JADA BINI DAN HARTA BERJUTA-JUTA BERSAMA KEM JUTAWAN UMNO.
  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    najib pm kita antara yg terbaek .. jauh beza dgn si dsai tuh .. insya-Allah ... pakatan tewas lg pru13 ni ... ttlg gk ni http://bit.ly/Vhkkgv tq ..
  • Prince Yie · Top Commenter · Director at Self employed
    Rakyat Malaysia akan bagi mandat kat Najib sebagai KETUA PEMBANGKANG...full stop.
  • Abdullah Ghouse · Top Commenter · University of Nebraska–Lincoln
    Mandat BN sudah berkuasa 55 tahun, mana boleh sambung lagi sudah tamat
    Jom Ubah
  • Khaizan Ahmad · Top Commenter
    Mereka kata tiada Kuasa,,,, Persoalannya macam mana terjadi Kampung Buah Pala...Gerai melayu dirobohkan...rumah2 melayu dirobohkan...tanah untuk golongan susah semasa BN kini PAS dan sekutu jual untuk merebut harta dan wang bukan mereka berkuasa...kita lihat bagaimana kerajaan angkatan PAS,PKR dan DAP nak cabut kemera AES dimana mereka dapat kuasa....tipu benar PAS penipu.....hakikatnya benda berunsur maksiat dipertahan... akhirnya orang lain jadi bentengnya...kalau tak malu dan berhong sesama islam malulah pada Tuhan dan Malaikai yang melihat gelagat dan tingkahlaku serta maksiat mereka sama bersongkol dan kuat pertahankan.
  • Bro Otai · Top Commenter · Sepang New Village, Negeri Sembilan, Malaysia
    tuai padi antara masak..jagan sampai layu layuan intai kami sementara nampak jagan sampai rindu2an hahahahahahaha itulah bila berucap jangan meneran sangat..
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.