Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib sedia dengar harapan komuniti Kristian

24 Disember 2012
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak 
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa terbuka untuk berkongsi harapan serta pandangan daripada masyarakat Kristian.

Perdana Menteri berkata, meskipun semua menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara majoriti Islam, namun penganut agama Kristian di negara ini juga memainkan peranan penting dalam masyarakat di negara ini hari ini terutama di Sabah dan Sarawak.

"Sesetengah daripada kita tidak menyedari bahawa seorang daripada 10 rakyat Malaysia adalah penganut Kristian. Ini semua tercatat dalam sejarah kita yang pelbagai," katanya dalam entri terbaharu bertajuk "Selamat Hari Krismas Kepada Penganut Agama Kristian di Malaysia" dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my di sini, hari ini.

Najib berkata, Malaysia sangat bertuah kerana sentiasa berada dalam suasana aman dan harmoni meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan agama dan segala yang dikecapi pasti tidak dapat dinikmati tanpa sebarang usaha secara bersama.

Beliau berkata sejak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menekankan beberapa perkara termasuk konsep perpaduan menerusi semangat 1Malaysia serta Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).

"Konsep ini bukan hanya mengenai dialog tetapi saya mahu ia menjadi kenyataan.
"Sebab itulah, saya melawat Pope Benedict XVI tahun lepas, sekali gus mewujudkan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Vatican City. Saya sangat gembira dapat meluangkan masa secara peribadi bersama beliau dan kini mula mengikutinya melalui Twitter," katanya.

Satu lagi pencapaian yang dikecapi adalah apabila kerajaan membenarkan mana-mana penganut agama Kristian ke Jerusalem sekiranya mereka mahu menunaikan ibadat di sana.

Dengan perayaan Krismas yang hadir pada minggu terakhir setiap tahun, ia juga adalah masa terbaik untuk sama-sama menilai semula pencapaian sepanjang tahun ini serta merancang untuk masa depan.

"Saya akan menyentuh perkara ini dalam blog saya akan datang, katanya sambil mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia.

Esok, beliau akan menghadiri jamuan teh bersama masyarakat Kristian selain mendengar setiap pandangan daripada mereka. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.