Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nik Aziz: 'Soal jasa, Umno kena bersikap terbuka'
Wartawan Sinar Harian
3 Disember 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini.

Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara.

"Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini. Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa!

"Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam  mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin.

Nik Aziz menarik perhatian dengan menggariskan beberapa jasa pihak Pas termasuk di Kelantan yang ditadbir sejak 1990.


"Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa Pas yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan.


"Keduanya menerusi pendekatan pentadbiran Islam, Pas berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH". 

Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah Pas melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat.
 
"Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Ia antara tiga respons Nik Aziz berhubung ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno kali ini.
 
Beliau seterusnya berkata, "perwakilan Umno berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain".

Mengenai permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Khamis lalu, Nik Aziz berkata, "kita boleh maafkan dengan syarat, pertama, Umno kena tukar dasar dulu (dari berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul)."

"Ia selari dengan tuntutan Biro Ulama Umno tahun 1951 dulu," kata beliau.
Nik Aziz juga berkata, pihaknya akan memaafkan Umno dan Barisan Nasional jika peruntukan pembangunan disalurkan kepada Kerajaan Negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan.

"Dan, ketiga hak rakyat Kelantan, hendaklah membayar royalti minyak kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka 'tiada maaf bagimu'," kata Menteri Besar.


 
  • Al Jawaie · Top Commenter
    RAKYAT TETAP KENANG JASA UMNO/BN KERANA:-
    1. Merompak khazanah Negara utuk diri sendiri, keluarga dan kroni2.
    2. Memerintah secara zalim, RASUAH, mengugut, menyalahgunakan kuasa.
    3. Meperlekeh Syariat Agama Islam.
    4. Memperlekehkan BM dgan dasar PBSMI
    5. Mengadai wilayah negara saperti Batu Putih, Limbang, Tg Pagar S'pore.
    6. Mejual maruah Negara kepada Yahudi saperti khidmat APCO, jual Minyak Sawit dll.
    7. Mensengsarakan Rakyat.....BARANG NAIK, AES, CUKAI2......
    • Angah Kerol · Management and Science University (MSU)
      hang ckap xda akai..hang berckap asik dgar kate org ja..udah2la tu Allah Maha Kaya Maha Mengetahui..kite tgk PRU13 ni nti..BN kalah sebb sabotaj je dulu..untung bg selangor,penang,kedah,perak sekejap..buat mcm2 kt org melayu da kene tarik blik negeri perak tu..sekejap je pegg x slah kome 1 tahun je..ish2 len kali da dapt pgg tahkta jgn nk trus mengkhianti org alik2 diri sendiri yang kene..
    • Fitri Maarif · Top Commenter · SK Pandan
      Mana kebaikan PR pulak? Macam langsung tak de ? Senaraikanlah kebaikan di PP apa? Di Selangor apa?
    • WE ARE PAS Supporter
      Angah Kerol : LOOK WOH'S TALKING PEMUKA-PEMUKA UMNO YANG SAMA DENGAN PEMIMPIN PEMIMPIN MEREKA
  • Akira Bakhtiar · Top Commenter · Malaysia Maritime Academy
    NABI MUSA AS DI BESARKAN DGN KASIH SAYANG DAN KEMEWAHAN DLM ISTANA FIRAUN. BANYAK NYA JASA FIRAUN TETAPI NABI MUSA LAWAN BALIK FIRAUN. NABI MUSA AS TAK BERSYUKUR KAH ATAU TAK KENANG JASA KAH ATAU TAK TAHU BALAS BUDI KAH?
    • Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter
      Jasa Firaun tidak boleh mengatasi ketaqwaan kepada Allah. Wahai Umno kembalilah mematuhi Allah, jangan mematuhi kehendak Yahudi dan Nasrani dengan mengikut cara hidup mereka...
    • Nur Anna Althafunnisa · Top Commenter · Kangar
      Memang dah menjadi tanggung jawab kerajaan sebab rakyat telah mengangkat mereka sebagai pemimpin perintah saja nak ungkit bab jasa wat pe.Kalau PAS atau PR memerintah pun sama tetap harus jalankan tanggung jawab. Tapi kalau dah pemerintah sendiri tidak mentaat ALLAH dan Rasul, adalah menjadi tanggung jawab rakyat menegur, memprotest bukan menurut membabi buta... mcm pemuka-pemuka UMNO main sondol jer...
    • Nabilah Saad · Works at Sony
      Tgk muka sudah la mcm penyamun belaka... Muka xada nur.. Suh gedik ats pentas suh menari ank kmpg boleh arrr...
  • Kerepek Pisang · Works at Syarikat kuli mati sdn bhd
    jasa umno memang akan dikenang,tetapi undi tetap pada pr
  • Hj Abdullah Suramin · Top Commenter · Muar High School
    yang tak betulnya umno mendakwa hanya dia saja yang berjasa sebab tu kita tak setuju bukan meroyan
  • Aduka Hijau · Top Commenter
    Jasa nabi pun tak mintak dikenang jasa nya, itu tugas dia sebagai rasul, tapi kita kena selawat kpd nya, untuk apa dikenang jasa2 pemimpin umno,mereka jadi pemimpin pun dah kaya raya 7 keturunan
  • Zambro Mie
    Mmg menjadi kebiasaan Komen Tok Guru mmg sgt2 melambangkan kehebatan pemikiran beliau...Pemimpin Satu dlm Sejuta..
  • Wak Sanip · Top Commenter · USM Penang
    ..cian tengok muke Pok Nik, dh nmpk tue bngat...brehat jer lah...jasemu tetap kan di kenang...
    • Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter
      ilmu agama kita yang sedikit janganlah menghina ulama yang dekat dengan Allah...
    • Nur Anna Althafunnisa · Top Commenter · Kangar
      Tua-tua pok nik pun tua berilmu. Tua Najib kepala makin botak, bini makin besar kepala. Agama di ludah ketapi..orang macam tu nak dijadikan khalifah...???
  • Desperado Des · Top Commenter · Blogger at Pilihan Anda by Desperado
    2x5 aja hangpa punya ucapan...semua politik punya ucapan, tak ada beza
  • Fadzlie Hanapee
    Memang betul apa Tuan Guru kata.....terbaikkkkkkkkkkk
  • Usop Deen · Top Commenter · High School Career Magnet
    UMNO KATA KENANG JASA UMNO DAN BUKANNYA KAT PAS TAK BERJASA.....YANG POK NIK MEROYAN TU KENAPA.
    • Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter
      Pas berjasa atas taqwa...lain dengan jasa Umno...
    • Angah Kerol · Management and Science University (MSU)
      Pas okla tp pas bersekongkol dengan perosak negara..xsalah klu pas indipendent n jm la kte sokong pas ke umno sbb parti islam n melayu..tp klu pas msh lg mengikut telunjuk kaki bun..t xpayahla..pas da jauh terpesong..nik aziz patt bersara bg la org bru naik dulu ada nasharudin mat isa elok je pas aku tgk tp ble mt sabu nek parah pas dah x relevan..
  • Syed Munir · Top Commenter
    Marilah kita berjabat tangan atas satu tujuan dan matlamat untuk membebaskan pemikiran umat Islam supaya tidak dijajah oleh fatwa-fatwa yang menyesatkan, sepertimana dilakukan oleh Nik Aziz dan pengikutnya.

    Lagipun Islam itu menganjurkan kepada kedamaian dan jalan kebaikan sesama umatnya, bukannya memohon laknat ke atas mereka !

    http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2012/11/saya-hanya-mendoakan-nik-aziz-dan.html
  • Angah Kerol · Management and Science University (MSU)
    bersare jela pok nik..melenting aje klu umno ckp psal pasl Pas..Umno lebihkan me;ayu..melayu ni tidak bersatu sepatt nya pas perlu la bersatu ngn umno..ni terlampau sgt nk kejar kuasa smpai nk mengjanamkan org melayu sendiri..puak2 len senyum je tgk melayu da berpecah belah..
  • Aduka Hijau · Top Commenter
    Mana mungkin nak mengenang jasa perompak, penyamun dan perampok harta rakyat
  • Nakid Net · Top Commenter
    aloi wei Akira Bakhtiar buat perumpamaan FIRAUN dengan UMNO jauh bezanya beb.
  • Shawn Abdullah · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    nak suruh kenang jasa dialah tuh...uwekkkkkk
    • Nur Anna Althafunnisa · Top Commenter · Kangar
      TAk kenang pun tak pe... siapa yang mula ungkit dulu soh kenang jasa bukan UMNO ke??... Para mujahid berjuang tak minta di kenang... yang sibuk nak suh kenang jasa adalah pemimpin yang sibuk kaut kekayaan dunia.
  • Shawn Abdullah · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    mintak sedekah lagi....
  • Nakid Net · Top Commenter
    "tiada maaf bagimu" tak apalah asalkan Najib berani minta maaf dan bersumpah tapi pemimpin pembangkang berapi-api >Hal minta maaf dan bersumpah >sunyi sepi terutama Anwar Ibrahim.
    Umno tidak suci dan bersih tapi ia "lebih baik" daripada Pakatan yang tidak selari ibarat tidur sebantal mimpi lain-lain. Amin
  • Mohtar Dahalan · Top Commenter
    apakah dalam dunia ini hanya umno yg banyak jasa, pandai memerentah dan mentadbir..?
    kesombongan ini sangat bahaya yg bolih menanggalkan akidah mereka kapada Allah swt...awaslah...
  • Put Tan
    aku cinta ulama' semoga tok guru selalu sht dan dlalam lindungan allah swt amin ya rabbal alamin
  • Nukman Mohd · SK SERI SAUJANA
    Alhamdulillah kalau semua bersyukur dengan jasa-jasa yang dibuat oleh pemimpin kita.Harap2 jangan la persoankan jasa2 kepimpinan kita terdahulu..ubahlah politik.
  • Mohamad Naif Jafri · Top Commenter
    Beliau seterusnya berkata, "perwakilan Umno berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain???? nak kate betul pon boley salah pon boley ...tunggu PRU 13 je lah..(Putar belit)
  • Ramli B Sukri Rbs · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Klu namanya UMNO...hampir mustahil akan berubah!!!...Mereka terdiri dr kaum yg SOMBONG,ANGKOH,TAKABUR yang suka menghina orang lain dan memuji diri sendiri.
  • Mohd Amirul Hakim · Top Commenter · UTM SKUDAI 2005
    ye la nik ajis... ku kenang jasamu... bina masjid begitu banyak di kelantan... keselesaan rakyat diutamakan.... hudud dilaksanakan... rakyat dpt bekalan air mencukupi... berjaya menyakin rakyat orang yg x disukai murtad... menaikan nama negeri kelantan dgn pembinaan patung terbesr di Asia... menambahkan bilangan imam di sesebuah masjid...(sembahyang 2 imam) dan lain2...
  • Nor Faliza · Works at USM Pulau Pinang Malaysia
    apala korang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.