Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pakatan: SPRM bukan badan sesuai tapis calon, tak praktikal
JAMILAH HAMZAH 22 Disember 2012
Menjelang PRU 13 Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Meskipun menyifatkan syor menapis latar belakang bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baik, Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masa yang sesuai berbuat demikian.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu, tetapi SPRM masih berhadapan dengan "krisis kewibawaan" dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.

Saifuddin berkata, kegagalan SPRM menyelesaikan kes "ikan jerung" berbanding "ikan bilis" menunjukkan badan itu mengalami "krisis kewibawaan."

"Saya alu-alukan cadangan itu, namun masalahnya siapa yang menjadi badan untuk menapis calon-calon itu?

"SPRM dilihat sekarang ini sedang mengalami krisis kewibawaan dalam melaksanakan tugas, mereka hanya selesaikan kes-kes ikan bilis seperti aduan guru memberi rasuah, namun kes-kes ikan jerung masih belum ada tindakan dibuat, apa jaminan SPRM akan  bertindak dengan berwibawa?" katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) meminta semua parti menghantar nama calon yang akan bertanding dalam PRU13 untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan SPRM.

Menurut Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaafar, cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah, selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti yang akan bertanding.

"Kita mengambil semangat bahawa semua parti telah menyatakan sokongan untuk memerangi gejala rasuah. Maka itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak dalam soal ini," katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin mengemukakan cadangan balas supaya badan lain ditubuhkan untuk menyemak atau menilai bakal calon  supaya lebih adil dan berwibawa, seperti Institut Integriti Malaysia.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, cadangan yang dikemukakan PPPR dapat membantu rakyat menilai bakal calon.

Menurutnya, DAP tidak mempunyai halangan untuk menghantar nama calon yang telah diputuskan parti selepas proses penamaan calon dilakukan.

"Kita setuju dengan cadangan PPPR, namun mesti tengok masa yang sesuai.

"Kita akan hantar nama selepas penamaan calon dibuat," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, cadangan itu baik bagi parti yang memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk memastikan calon mereka "bersih" daripada rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata, Pas tidak memerlukan bantuan pihak lain untuk perkara itu kerana pemilihan calon daripada parti bebas gejala rasuah.

"Kita tak perlukan bantuan luar untuk menilai calon kita, kita juga tak ada masalah itu.

"Ini mungkin membantu parti lain bermasalah dan mahukan calonnya ditapis supaya tidak terlibat di dalam rasuah.

"Lagipun bila masanya perkara itu akan dibuat... kita tak mahu mendedahkan calon kita," katanya.

Mustaffa juga berkata, cadangan yang dinyatakan itu tidak boleh diwajibkan kepada semua parti untuk menghantar senarai nama calonn bagi melakukan tapisan oleh SPRM.

"Perkara ini tak boleh diwajibkan, terpulanglah kepada parti itu untuk menghantar nama calon atau tak," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.