Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Perlis tuntut royalti jika Kelantan dapat
MOHD IDROS MOHD ALI
7 Disember 2012
Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim
 
KANGAR - Perlis akan menuntut bayaran royalti jika Kerajaan Pusat membayar kepada Kelantan.

Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, jika Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan Karajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya.

"Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah  laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai.

"Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dsri pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat," katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Bajet 2013 semalam.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja.

"Kerajaan Pusat sudah bertindak adil dengan berkongsi hasil kekayaan minyak dengan semua negeri selama ini.

"Semua negeri menikmatinya melalui wang ihsan. Bukan sahaja Kelantan, malah Perlis, Johor dan negeri lain merasai manfaatnya.

"Jadi tidak adil jika Kelantan sahaja yang dapat menikmati duit royalti petroleum," kataya.

 
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.