safee sali

$entry.content.caption.value
PENYERANG sensasi kebangsaan, Safee Sali bakal  menyarung jersi pasukan Johor bagi saingan Liga Super 2013.

Perkara ini dinyatakan sendiri Setiausaha Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Suhairi Hashim di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam ini.

"Safee bersama Johor sebagai pemain pinjaman mulai 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013. Bagaimanapun, dia tidak dapat bersama kita malam ini  kerana tidak mendapat pelepasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Apa yang pasti Safee memang akan menandatangani dokumen perjanjian dengan Johor," katanya.

Suhairi juga enggan mendedahkan nilai gaji yang bakal diterima Safee.

Tambahnya, kehadiran Safee boleh mengembalikan semula kegemilangan bola sepak pasukan Harimau Selatan.