Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Saturday, December 8, 2012

Kalau masih sokong Umno; Sah, kalian bukan hanya bahalol malah tiada harga diri

Saya harap sangat rakyat yang selama ini beri undi mereka kepada Umno BN, luangkan sedikit masa untuk membaca berita gembira di bawah ini. Saya katakan ia berita gembira kerna; Seluruh rakyat Malaysia bolih bergembira andai Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke-13 kerna rakyat akan dapat menjimatkan RM5.61 billion yang selama ini dirompak, diborosi dan dirakusi olih syaitan, iblis dan jembalang keturunan Umno.
kerajaan rakyat
Andai selepas baca dan faham tetapi masih memberi sokongan dan undi kepada Umno BN, maka sah lah, kalian bukan hanya bahalol, malah tiada maruah diri.. !!! 


TNB untung RM5.61 bilion jika Pakatan perintah
Pakatan Rakyat menawarkan kaedah penjimatan sehingga RM3.47 bilion setahun daripada bayaran dibuat Tenaga Nasional Berhad kepada syarikat penjana tenaga bebas (IPP).
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen berkata, kaedah itu akan digunapakai jika Pakatan memerintah selepas pilihan raya umum nanti.
Ia katanya dapat dicapai menerusi rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara IPP dan TNB, serta pengurangan rizab margin tenaga elektrik.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini, Wong Chen berkata, pada masa ini kadar pulangan atas pelaburan (ROI) adalah sebanyak 19 peratus berbanding kadar munasabah yang ditawarkan Pakatan iaitu 10 peratus.
Katanya, jika kadar ROI bagi PPA dirunding semula pada kadar 10 peratus, TNB dapat menjimatkan bayaran kapasiti kepada IPP sehingga RM2.6 bilion.
Selain itu, katanya, pada masa kini, rizab margin kuasa adalah pada tahap 38 peratus di mana bagi setiap 1 peratus, sejumlah RM483 juta hilang sebagai pelaburan terkandas (stranded investment).
Justeru katanya, Pakatan mencadangkan agar rizab margin diuruskan pada kadar optimal 20 peratus.
“Pengurangan 18 peratus rizab margin bermakna penjimatan pelaburan terkandas sebanyak RM8.7 bilion. Dengan bayaran kapasiti pada kadar 10 peratus  ROI, TNB dapat menjimatkan sebanyak RM870 juta setiap tahun,” ujarnya.
Katanya lagi, dengan penjimatan keseluruhan RM3.47 bilion, TNB boleh mencapai keuntungan RM5.61 bilion setahun berbanding purata keuntungan tahunannya RM2.14 bilion.
“Keuntungan lebih tinggi ini boleh digunakan untuk mengurangkan hutang TNB yang kini mencecah RM23.1 bilion, paling penting dengan adanya keuntungan itu, TNB tidak perlu menaikkan tarif elektrik pengguna,” jelasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.