Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Tapis calon: 'Undang-undang sudah cukup'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 24 Disember 2012
Mohd Tap Salleh Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh
KUALA LUMPUR - Hak untuk 'menapis' calon bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada pengundi seiring dengan tradisi amalan demokrasi yang sebenar.
Sehubungan itu, menurut Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh, perundangan sedia ada sudah mencukupi dalam menentukan calon-calon yang bertanding itu 'bersih' rasuah dan sebarang kes jenayah.

Selebihnya ujar beliau, biar rakyat memilih siapa calon yang menjadi pilihan mereka untuk mewakili kawasan masing-masing selepas PRU13 kelak.

Cumanya, jika tapisan calon-calon pilihan raya ini merangkumi soal integriti mereka, buat masa ini katanya, tidak ada mekanisme yang benar-benar konkrit untuk mengukur sama ada calon itu benar-benar berwibawa dari segenap sudut katanya.

"Boleh mungkin (bentuk undang-undang tapis)... tapi yang ada sekarang ini, setahu saya agak susah.

"Tapi kalau boleh dibentuk kemudian hari kelak, yang boleh diterima oleh semua pihak, itu mungkin. Tapi buat masa ini, pada saya untuk mengatakan orang ini layak atau tidak, undang-undang sudah ada dan jelas. orang macam ini boleh, orang macam ini tak boleh, memang sudah ada undang-undangnya," kata beliau ketika ditemui Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau ditanya sama ada cadangan untuk menapis calon dalam PRU13 boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Minggu lalu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Johan Jaafar mencadangkan perkara itu dilaksanakan membabitkan semua parti politik dan individu bertanding calon Bebas.

Cadangan itu turut termasuk Ahli Parlimen yang dicalonkan semula atau pertama kali bertanding.

Ia bagi memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah, selain mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan bertanding atau partinya.

Timbalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, saringan ke atas bakal calon PRU13 memerlukan peruntukan undang-undang untuk dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh.

Jika tidak ada peruntukan undang-undang, maka cukup sekadar tapisan dalaman dilakukan oleh parti politik masing-masing, ujar beliau.

Oleh itu kata Mohd Tap, jika tapisan yang hendak dilakukan hanya membabitkan masalah seperti rekod kesalahan seperti terbabit dalam jenayah mahu pun muflis, ia tidak menjadi masalah.

Tetapi jika tapisan itu sehingga hendak menyentuh soal integriti dan moral calon misalnya, ia mungkin mengundang masalah kepada mana-mana agensi yang dipertanggungjawabkan kelak.

"Saya bimbang akan bangkitkan kemudian hari kelak, akan ada yang mengatakan saya tidak boleh bertanding pasal orang kata nak sekat saya daripada menang dan sebagainya.

"Kalau saya (calon) muflis memang sudah sahih, saya tidak boleh bertanding, kalau saya pencuri, masuk dalam penjara memang tak boleh, itu sudah sahih dalam undang-undang, tetapi kalau hendak bercakap dari segi orang ini bermoral, orang ini berintegriti atau tidak, agak susah mana-mana pihak memberi label itu," ujar Mohd Tap.

Oleh itu katanya, dalam hal ini rakyat seharusnya diberi penerangan dan pendidikan sewajarnya dalam menghadapi PRU13 termasuk hak mereka dalam memilih calon bagi kawasan masing-masing. 

"Tugas media, tugas IIM dan mana-mana agensi ialah untuk menentukan supaya pengundi ini faham, hak dia, siapakah yang seharusnya mereka lantik, orang yang berwibawa, orang yang berpelajaran, orang yang pandai. Apa sahaja lah kriteria yang diperlukan," ujar beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.