Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, 18 April 2014

Jikalau Macam Inilah Kertas Penghakiman, Hampir Pasti Anwar Ke Penjara Lagi

Mahkamah Rayuan yang mensabitkan hukuman Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan liwat memutuskan kenyataan ketua pembangkang itu di kandang tertuduh tidak berwibawa kerana ia adalah penafian kosong.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh dalam kertas penghakiman yang dikeluarkan hari ini berkata penafian Anwar semasa diarah membela diri tidak diambil kira untuk mewujudkan keraguan dalam kes pendakwaan.

"Satu pembelaan berwibawa adalah seseorang menjawab bukti yang ditunjukkan oleh pihak pendakwaan. Ia juga penting untuk tertuduh (Anwar) menjelaskan kesnya," kata penghakiman setebal 85 muka surat itu.

Dalam perbicaraan jenayah, tertuduh mempunyai pilihan untuk memberi keterangan daripada kandang saksi, memberikan kenyataan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh atau berdiam diri.

Penghakiman itu menyatakan penting bagi Anwar mengemukakan keterangan untuk menjawab dakwaan dalam pertuduhan ke atasnya.

"Dalam kes ini, tertuduh tidak pun menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa tersebut dan tarikh seperti dalam pertuduhan itu," kata penghakiman.

Pada 7 Mac, barisan hakim yang diketuai Balia menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ketua umum PKR itu bagi membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar pada tahun 2012.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti keputusan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan dengan wang jaminan sebanyak RM10,000 seorang penjamin.

Anwar, 66, dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Hukuman liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan pesalah juga boleh dikenakan sebatan.

Anwar membuat rayuan terhadap sabitan tersebut, bagaimanapun Putrajaya merayu untuk meningkatkan hukuman penjara.

Penghakiman juga menyatakan Anwar memberi satu notis alibi tidak berada di tempat kejadian sebelum permulaan perbicaraan, tetapi tidak meneruskan pembelaannya yang hanya diketahui dirinya sendiri.

"Ia penting untuk menyatakan alibi mewakili suatu pembelaan lengkap untuk membebaskan tertuduh daripada kesalahan yang dituduh," kata penghakiman.

Penghakiman itu menyatakan bahawa pihak pendakwaan menekankan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaan alibi menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Penghakiman tersebut menyatakan antara saksi yang dinamakan dalam notis alibi ialah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim dan ketua kakitangan, Ibrahim Yaacob.

"Saksi-saksi ini, sepatutnya ada dan berada bersama tertuduh bagi menyokong alibinya adalah tulen," kata penghakiman. ~tmi





0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.