Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 28 April 2014

683 Lagi Penyokong Ikhwan Dihukum Mati Oleh Regim Zionis As Sisi

Ahli Keluarga Manga Hukuman Mati Regim Zionis As Sisi
Minya (Mesir): Mahkmah Mesir hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas Ketua Ikhwan Mohamed Badie dan 682 penyokong pertubuhan itu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Said Youssef Sabry selepas dua sesi perbicaraan yang mana sebahagian daripadanya diboikot pihak peguambela.  Mahkamah sama turut meringankan hukuman mati ke atas 492 daripada 529 orang pada Mac lalu, dengan kebanyakan mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Keputusan mahkamah terhadap penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan lalu itu mencetuskan kecaman antarabangsa.

Mengikut undang-undang Mesir, kes hukuman mati akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat. Mahkamah boleh memilih untuk menjatuhkan hukuman itu tetapi ia masih boleh dicabar di peringkat Mahkamah Rayuan. 

Daripada 683 yang dihukum mati hari ini, sebanyak 50 orang sahaja berada dalam tahanan. Hakim akan mengesahkan hukuman itu pada 21 Jun ini. Tertuduh lain yang belum ditahan berhak meminta dibicarakan semula jika mereka menyerah diri. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.