Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Siapa yang menentang hudud dialah yang rugi ! hu hu hu

TPPA: Kita tidak harus berada di pihak yang rugi - Dr.Mahathir

28/04/2014 6:34pm
KUCHING - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad mengatakan kerajaan harus memastikan bahawa Malaysia tidak berada di pihak yang rugi sebelum memutuskan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Meskipun beliau secara peribadi berpendapat bahawa tidak perlu bagi Malaysia menandatangani perjanjian itu namun beliau mengakui bahawa keputusan muktamad berhubung perkara itu terletak pada kerajaan.

"Mereka negara maju dan kaya serta mempunyai teknologi dan boleh mengatasi dasar (kerajaan) kita untuk membantu rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Persekutuan Antarabangsa Arkitek Landskap Rantau Asia Pasifik (IFLA-APR) di sini hari ini.

Menurut Dr.Mahathir, sebaik sahaja menandatangani TPPA, pasaran Malaysia akan dibuka selanjutnya dan ia tidak semestinya menguntungkan rakyat Malaysia.

TPPA buat masa ini dirunding oleh 11 negara diketuai Amerika Syarikat dengan matlamat meliberalisasikan selanjutnya ekonomi rantau Asia Pasifik.

Dr.Mahathir berharap Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mengakhiri lawatan tiga hari ke Malaysia hari ini akan mengotakan janjinya untuk tidak 'membuli' Malaysia bagi menandatangani perjanjian itu.

Pada masa yang sama, bekas perdana menteri itu juga mengaku tentang perlunya kedua-dua negara mengekalkan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua pihak dan kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah daripada rakan dagangan terbesar Malaysia.

"Hubungan baik akan memanfaatkan Malaysia dan Amerika Syarikat," katanya lagi. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.